
Siapa menyangka haiwan comel dan manja ini mempunyai sifat yang pelik dimana anda sendiri dapat melihat telatah nakal yang agak luar biasa apabila dapat ditonton dan dirakamkan.
Mana tidaknya, pasti ramai yang berfikir bahawa memelihara kucing merupakan satu perkara biasa tetapi sebenarnya tidak kerana selain haiwan ini dapat menemani anda tatkala sunyi, kucing juga mempunyai sifat istimewa yang ditunjukkan terhadap tuannya sekali gus menceriakan hari.
Namun begitu, berbeza pula dengan yang ditonjolkan dalam satu rakaman yang mendapat perhatian pengguna TikTok ini kerana dengan selamba seekor kucing menendang pintu sehingga terkena kepala seorang lelaki yang dipercayai pemiliknya.
Situasi itu juga menghiburkan pengguna aplikasi popular itu kerana sikap selamba si comel tersebut yang dikatakan sepertinya mempunyai dendam terhadap pemiliknya dengan membalas menggunakan cara sedemikian.
Macam macam betul telatah pelik yang dapat dikongsikan pengguna kepada umum dan diruangan komen pula dihujani dengan puluhan reaksi seloroh wargamaya.
Malah bagi wargamaya juga telatah selamba kucing terbabit sangat gangster sehingga mengakibatkan tuannya merasa sakit dengan cara yang tidak disangka-sangka itu.
“Nampak sangat ada dendam dengan tuan dia tu”
“Kesian kesian”
“Hahahaha amek ko padan muka… aduh sakit nyelah”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply