Penghijrahannya tiada kontr0versi samp4h dan drama mur4han “Mizz Nina artis tauladan terbaik”

Perubahan penyanyi ‘otai’ tanah air, Mizz Nina, seorang artis yang menjadi tauladan terbaik warganet kerana tiada kontr0versi membabitkan namanya selepas penghijrahan.

Susulan itu, perubahan drastik beliau yang mengejutkan ramai orang malah dapat sokongan yang positif daripada netizen.

Menerusi media sosial Facebook, Pemilik akaun Izzlara Mungawan memuat naik perkongsian keperibadian rendah diri penyanyi tersebut yang tenang berdakwah.

“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned into a new live. Anak kepada salah seorang taikun Malaysia. Jika diikutkan, segala jenis kontroversi dia boleh bikin.

“Namun, saya tidak pernah mendengar apa-apa khabar angin yang panas sewaktu penghijrahan beliau.

“Kadang-kadang yang terbaik adalah menjadi lebih ‘mahal’ daripada menjadi murah. Tiak perlu membuat kontroversi murahan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, warganet bersetuju beliau tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi bagi menunjukkan tentang perubahannya, malah beliau banyak mengajak semua orang melakukan perubahan ke atas diri sendiri.

Sebelum ini, Mizz Nina telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan islamik dan gaya hidup muslim iaitu Qalby App.

Seterusnya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.

MIZZ NINA – CERITA BERHIJRAH TANPA DRAMA DAN KONTR0VERSI..

Sebenarnya aku dah tulis hal ini sebelum puasa lagi. Tapi since ada selebriti yang konon dah berhijrah asyik merosakkan tasawwur hijrah, aku rasa aku perlu publish dengan sedikit touchup supaya masyarakat nampak ada selebriti lain yang boleh dibuat contoh.

Aku dengar nama Mizz Nina ni, ketika zaman gig underground. Masa tu dia naik dengan Teh Tarik Crew. Memang dialah Queen of Hiphop Malaysia dulu. Sampai level dia collab dengan artis dari

USA dan Korea. Power! Tiba-tiba, suatu hari, aku dengar news dia dah taubat, kemudian nikah dengan artis juga tau, Noh Hujan. Bukan dengan lebai atau ustaz. Tidak juga dengan lebai yang jual agama ke stesen TV untuk menjadi popular dalam program realiti tv.

Mizz Nina ni, korang dah tau kan dia anak siapa? Dia bukan anak tiri tauke Pakistan jual karpet, mahupun cucu tauke beras, atau anak makcik jual daging rimau. Bukan. Dia anak pengasas

Ambank. Anak orang yang pernah menduduki top 10 orang paling kaya di Malaysia. Anak orang kaya yang betul, bukan kaya sembang.

Sepatutnya kasta dia jauh di atas kayangan dan singgahsana. Tetapi, pelik dia ni sangat humble, tanpa apa-apa kontroversi even semenjak zaman menjadi artis hiphop lagi. Selepas berhijrah, aura keinsafan dia jauh mengatasi mana-mana selebriti lain yang konon telah berhijrah.

Mizz Nina juga ada bisnes hijab, tudung dan shawl, alatan dan fashion muslimah. Tapi, tidak pula dia galak bikin kontroversi dengan buat launching tudung di club malam atau dengan mencipta drama kontroversi. Dia dilihat sangat rilex, tenang dan tidak laparkan perhatian. Tak lupa juga, Mizz Nina telah sekian lama melancarkan Islamic Apps yang bernama QalbyApp. Selain itu, dia juga bangunkan sebuah yayasan kebajikan yang dinamakan, Yayasan Min Qalby.

Yang lebih membanggakan, Mizz Nina siap ada buat VC untuk bantu anak-anak muda yang nak bangunkan bisnes dengan sesi coaching dan early stage investment. Tidak ketinggalan, channel

Islamic dengan content-content Islamic DOPStv juga merupakan brainchild Mizz Nina.

Lihatlah, betapa banyak sumbangan dan aktiviti Mizz Nina kepada masyarakat yang telah dia buat sebagai tanda penghijrahannya. Tetapi yang lebih utama, bukti penghijrahannya adalah tiada kontroversi sampah dan drama murahan, tidak bersikap bongkak dan angkuh walaupun dia tidak memakai niqab dan bersuamikan lebai tak grad.

Aku dapat rasa yang Mizz Nina berhijrah dengan penuh keikhlasan dan rasa insaf. Bukan sekadar nak berpropa atau untuk tujuan marketing. Dia juga telah quit sepenuhnya dari industri hiburan..

Teringat hadis pertama dalam hadith 40..

‎إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Maka, berhijrahlah kita semua kerana Allah dengan ikhlas, insaf dan tawadhuk. Bukan berhijrah kerana nak buat marketing stunt. Hijrah kerana nak buat marketing bukan hijrah, itu namanya tunggang agama..

kredit: Aliff Ahmad III

Menurut Wartawan dari Malaysia Gazete Syahril A. Kadir dai sangat kagum dengan sikap Mizz Nina yang merendah diri walapun berasal dari keluarga berada

Mizz Nina anak bilionair. Harta bapanya melimpah ruah, antara 30 orang paling kaya kat Malaysia.

At one time karier dia dah pernah sampai ke Hollywood.

Dia juga ‘berhijrah’ macam beberapa artis lain.

Tetapi, ya, dia memang berbeza.

Tenang je hidup dia, takdela ‘huru-hara’ macam segelintir selebriti yang dok ada ni.

Istiqamah dengan ‘perpindahannya’ tanpa perlu publisiti murahan yang ntah apa-apa.

Masa aku interview dia, aku nak pandang muka dia pun jadi segan, ambil gambar berdua pun jenuh aku minta izin.

Betulla kata pepatah – RESPECT IS EARNED, NOT GIVEN!

Salute.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Minat masa dia jadi penyanyi… dia dan anak PM kita memang ada standard tersendiri… tapi seriously gain respect bila dia berhijrah… sangat inspiring kisah dia & noh hujan… tapi perasan tak… bila mizz nina keluarkan apps… yang sorang lagi pun tetiba nak keluarkan apps yang hampir sama sangat… huhuuhu”

“Tenang je tgk muka Miss Nina. Pandai laki dia didik. Tak de aksi garu2 dagu laki tp kita tahu mereka bahagia. Semoga Mizz Nina dan Noah dikurniakan cahaya mata, Aamin2 YRA.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://limauasamboi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*