Si kecik kucing nak terkejutkan ‘member’ tapi lain yang jadi sampai kaku berdiri

Kucing merupakan antara haiwan yang sangat popular malah ramai yang memeliharanya kerana begitu tertarik dengan keunikan si comel ini yang kadang kala mempunyai sifat lucu.

Jika anda lihat di media sosial juga, begitu banyak telatah si comel ini tular sekali gus menghiburkan wargamaya dengan telatah selamba kucing.

Satu perkongsian oleh seorang pengguna aplikasi TikTok ini juga berjaya merakam telatah si kecik kucing yang bertindak melucukan.

Si kecik

Kelihatan dalam rakaman yang dimuat naik ini, si kecik kucing ini ingin melakukan rancangan untuk mengejutkan member dihadapannya yang diyakini tidak mengetahui keberadaannya dibelakang.

Namun begitu pengakhiran video yang telah dikongsikan ini mengundang gelak ramai kerana rancangan untuk si comel itu mengejutkan rakannya itu tidak menjadi malah dia pula yang terkejut sendiri.

Sehingga berlaku pula beberapa reaksi terkejutnya yang berjaya dirakam satu persatu. Anda lihat sahajalah, boleh pula dia yang terkejut.

Ternyata rancangan si comel ini yang lain pula berlaku di pengakhiran video mengundang ramai sangat geram dengan kecomelan anak kucing itu yang tidak padan dengan kecil tapi mahu bertindak seperti sudah besar.

“Best no no no…”

IMG_20210505_214211IMG_20210505_214315

“Hahaha cute”

Si kecik

“Perfect timing dengan lagu tu”

IMG_20210505_214348

SumberTikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*