Viral Iklan Raya Saji, Rupanya Dari Kisah Benar Saadiah Abdullah 40 Tahun Hantar Makanan Ke Balai Polis

Baru-baru ini, jenama minyak masak Saji Malaysia telah mengeluarkan satu iklan raya sempena Aidilfitri 2021 ini yang sangat menyentuh hati.

Ia berkisar tentang kisah seorang wanita bernama Mak Teh yang tanpa jemu menghantar mangkuk tingkat berisi makanan buat suaminya yang bertugas sebagai pemandu ambulans di hospital.

Walau bagaimanapun, di akhir iklan, dapat diketahui sebenarnya suami Mak Teh sudah lima tahun meninggal dunia. Dalam tempoh tersebut, Mak Teh tidak pernah berhenti menghantar mangkuk tingkat walaupun dia tahu suaminya sudah lama meninggal dunia.

Nah korang boleh tengok iklan kat bawah ni. Sedia tisu siap-siap tau! 

Mak Teh rupanya kisah benar seorang isteri bernama Saadiah Abdullah 

Bagi mereka yang tak tahu, kisah Mak Teh ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar seorang wanita bernama Saadiah Abdullah.

Menerusi perkongsian Rizal Hakimm di Facebook, Makcik Saadiah ini hebat orangnya. Hampir 40 tahun tanpa jemu mengayuh basikal untuk menghantar makanan ke IPD Gerik semenjak arw4h suaminya men1nggal dunia akib4t dibvnuh komunis.

Perbuatan itu dilakukan dengan penuh kasih sayang dan kesetiaan terhadap suaminya, Alias Daud. Alias dikatakan men1nggal dunia dalam ser4ngan hend4p komunis di Temenggor, Perak pada 1975.

Menurut cerita orang kampung, suami Saadiah juga bertugas sebagai seorang Bot Man. Bot Man ini tugasnya ialah menghantar keperluan kepada mereka yang berjuang di dalam hutan dan ketika mereka menjalankan tugas inilah suaminya diserang hendap dan dibvnuh komunis dengan kej4m.

Tidak lagi hantar makanan lepas jatuh basikal pada 2012 

Rutin Saadiah menghantar makanan ke IPD Gerik kini sudah terhenti pada tahun 2012 selepas wanita itu dilaporkan terjatuh dari basikal.

Semenjak dari itu juga, anaknya yang bimbang akan keselamatan ibu telah membuka tayar basikal supaya wanita itu tidak lagi mengayuh basikalnya lagi.

Kisah Saadiah juga pernah muncul di Berita Harian pada 2017 yang mana dia menyatakan rasa rindunya pada IPD Gerik dan akan melawat balai tersebut sebulan sekali bersama anaknya dengan menaiki motosikal.

Sekarang mak cik hanya dapat pergi ke balai polis (IPD Gerik) hanya sekali sebulan. Rasa terlepas juga rindu mak cik nak tengok balai polis dan anggota polis kita yang setia berkhidmat untuk orang ramai dan negara.

“Kini, mak cik hanya bawa makanan ringan terutama gula-gula setiap kali pergi ke situ… dah tak masak lauk-pauk dan bawa nasi macam dulu lagi,” katanya.

Tersentuh dengan kisah makcik ni… semoga berada dalam keadaan baik-baik saja. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*