Budak Bersemangat Cerita Kena Kejar Monyet, “Haha Kecik2 Da Sembang Dik”

Telatah anak-anak kecil kadang cukup menghiburkan. Mereka ini masih belum banyak perkara yang perlu dirisaukan, hidup dalam suasana gembira di samping keluarga. Sama seperti seorang kanak-kanak yang rakaman telatahnya telah mencuri perhatian ini.

Dalam rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok dengan nama akaun mrslamber95 ini, kelihatan seorang budak lelaki sedang menggalas beg. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila budak ini mula bercerita mengenai monyet yang mahu mengejarnya.

Cara cerita dengan penuh bersemangat, malah diakhirnya video ini juga membuatkan ramai terhibur. Berikut adalah rakaman budak bersemangat cerita kena kejar monyet yang dikongsikan itu:

Tak sangka betul, cara budak ini cerita memang macam dia tak takut langsung dengan monyet itu. Tapi bila dengar bunyi kucing bergaduh sahaja pun dia sudah lari lintang pukang! Perkongsian rakaman budak bersemangat cerita kena kejar monyet ini telah mencuri perhatian ramai.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Hahaha tu baru kucing kalau monyet betul kejar tak tau la”

Budak Bersemangat Cerita 3

“Comelnya bukan main dia bercerita sekali lari plak bunyi kucing”

Budak Bersemangat Cerita 2

Dia punya cerita macam hero…Dengar kucing gaduh tak cukup tanah ko lari dik…”

Budak Bersemangat Cerita 1

 

SumberTiktok mrslamber95

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*