Ramadan Pun Pan4s Dengan Kontr0versi! Ini 5 Kisah Paling Laris Bualan Netizen

Ramadan hampir melabuhkan tirai. Berbaki kurang daripada seminggu lagu umat Islam seluruh dunia akan meraikan kedatangan bulan Syawal penuh nikmat.

Melewati fasa akhir Ramadan, pasti ramai yang tidak lupa pelbagai kontr0versi sebenarnya terjadi sepanjang hampir sebulan ini.

Kisah yang Abe Nik rangkumkan semula ini patut dijadikan iktibar dan tauladan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.

Berikut 5 kontr0versi yang menjadi bualan netizen sepanjang Ramadan 2021.

1. Neelofa Rentetan kisah langgar prosedur operasi standard (SOP) sejak dari majlis pernikahan pada Mac, episod bulan madu di Langkawi membawa kepada hukvman kompaun RM60,000 kepada pasangan pengantin baru Neelofa dan Haris Ismail.

Hukvman yang disifatkan netizen tidak cukup berat itu membawa kepada pelbagai kisah sampingan lain termasuk kompaun abang burger Kelantan RM50,000 hingga topik sohor kini Fazura dan Fattah Amin.

Tidak terhenti di situ, minggu lalu tular pula dakwaan Neelofa dan Haris merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)


2. Siti NurhalizaMajlis akikah dan tahnik putera penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa pada asalnya diraikan ramai.

Namun, ia mula menjadi persoalan tentang keberadaan beberapa orang kenamaan dan agamawan pada majlis tersebut seperti yang dikongsikan Siti di Instagram beliau.

Satu persatu tampil memberikan penjelasan namun netizen masih belum puas. Pihak berkuasa juga sudah pun mengambil keterangan daripada penganjur majlis terbabit.

Rentetan daripada kisah itu, Siti yang sedang berpantang memuatnaik status ‘mengumpul pahala’ di Instagram Stories, yang mencetuskan lebih ketegangan antara peminat dan pemain industri hiburan tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


3. Instafamous Gambar Nadira Isaac bersama PU Amin ketika majlis berbuka puasa menerima kec4man hebat netizen.

Selain s3ksi dan tidak menutup aurat, tempias sama dirasakan pendakwah lelaki itu menerusi foto yang tular pada pertengahan Ramadan lalu.

Selain itu, video Hafiz Mahamad yang dirakamkan bersama anggota polis juga menjadi kec4man ramai.

Dianggap mempersendakan pihak berkuasa, Hafiz juga dikec4m kerana tidak memakai pelitup separuh muka ketika merakamkan video berkenaan.

Barangkali cubaan Hafiz untuk menyebarkan mesej kesedaran tentang rentas negeri dan pengorbanan anggota badan beruniform tidak sampai kepada netizen.

Hafiz dikompaun RM1,500.Instafamous dan pelakon baharu Nurin Afiqah juga antara yang menjadi topik bualan netizen.

Turut dikompaun RM1,500 kerana melanggar SOP di sebuah majlis berbuka puasa, wanita itu membuka ruang lebih luas kepada masyarakat mengecamnya menerusi perang media sosial dengan Caprice.

Masing-masing berbalas ugvtan sam4n-meny4man pula. Bila nak habis?

4. Nora Ariffin & Annuar Musa Fitn4h pernikahan penyanyi kelahiran Kelantan, Datuk Nora Ariffin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjadi topik popular pada sambutan Nuzul Quran baru-baru ini.

Kedua-duanya terkejut dan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Respon mereka, dakwaan berkahwin itu fitn4h semata-mata!

5. Leeyanarahman Bermula dengan perlanggaran SOP ketika majlis pertunjukan fesyen menjelang Ramadan, episod pemilik butik fesyen muslimah Leeyanarahman hampir tidak berkesudahan.

Pasangan yang mended4hkan aktiviti rentas negeri untuk menghantar hadiah kereta kepada orang tua mereka di Terengganu turut mengvndang rasa kurang senang netizen.

Kemudiannya, baru-baru ini muncul pula ketidakpuasan hati pembeli busana raya yang dikeluarkan jenama itu apabila didakwa netizen terlalu ketat dan tidak patuh syariah.

Biar apapun yang berlaku, siapa kita untuk menilai setiap tindak-tanduk yang mereka lakukan. Semuanya refleksi kepada cara pemikiran masing-masing.

Berani buat berani tanggung!Semoga kita beroleh syafaat sepanjang bulan Ramadan yang penuh mendvga pada tahun ini dan sempena berbaki beberapa hari saja lagi, marilah bersama-sama kita mengutip ganjaran pahala sebelum berlalunya bulan penuh berkat, Ramadan Al-Mubarak!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*