Beri Anak Pakai Jersi Bola Pasukan Mvsuh, Elfira Loy ‘Saja’ Mahu Sakitkan Hati Suami

Meskipun kaki bangku dan tidak handal bermain bola, namun minat terhadap permainan tersebut sudah menjadi lumrah bagi mereka yang menggemari sukan bola sepak terutama lelaki.

Bagi yang sudah bergelar suami, biarpun terlihat sentiasa menuruti kesemua kehendak isteri, namun jika berkait tentang pasukan bola yang diminatinya, sudah pasti sang suami lebih teguh untuk memberi sokongan terhadap kumpulan bola sepak kegemaran mereka.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon berbadan genit Elfira Loy ada membuat hantaran mengenai anaknya yang sedang memakai baju pihak lawan pasukan kegemaran suaminya, Faris Khairol Anuar.

Jelasnya, jersi tersebut sudah lama dibeli hampir setahun yang lalu namun belum berpeluang untuk disarungkan kerana mengetahui bahawa suaminya itu amat ‘benci’ akan pasukan bola berkenaan.

caption:

While Ayah is sleeping…….. hehe @muhamadrayyankhalafofficial ootd dengan jersey baru mommy bought one year ago kot just to sakitkan hati Ayah. 😂😂😂😂😂😂 “

Hantaran Elfira Loy ini kelihatan begitu ‘nakal’ kerana berniat mahu mengusik suaminya, beliau memberi pakai jersi pasukan bola sepak terkenal itu kepada anaknya, Rayyan ketika suaminya sedang enak dibuai mimpi.

Rata-rata pengikut Elfira Loy di laman Instagram sudah pasti mengetahui bahawa pelakon ini dan pasangannya mempunyai cita rasa pasukan bola sepak yang berbeza.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet turut sama berkongsikan telatah sang suami yang mungkin kadang-kala sering hilang di waktu malam kerena ada yang keluar ‘lepak’ untuk menonton perlawanan bola.

“Perghh tak cukup dasyat lagi Elfira mengusik tu, anak aku suami aku yang mengusik aku…dia nak letak nama anak nama idola atlit dia…pergh berbelit lidah aku nak menyebut hahaha”

Bagi mereka yang benar-benar fanatik terhadap pasukan bola sepak, diharapkan mereka ini tidaklah begitu taksub sehingga boleh meninggalkan kemudaratan dalam rumah tangga.

Tidak salah untuk meminati sesebuah permainan yang dapat menyihatkan tubuh badan kita, namun jangan sanggup ‘berper4ng mulut’ dan sehingga ke tahap mahu mencelakakan seseorang hanya kerana minat yang berbeza.

Amboi Elfira Loy nakal tau! Saja tau nak usik encik suami tu, jaga-jaga jangan usik harimau yang sedang tidur.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elfira Loy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*