Ibu terkejut foto anak jadi m4ngsa lelaki g1la s3ks, nasihat Wany Hasrita banyak bersabar

PENULARAN video seorang lelaki memuaskan nafsu menggunakan foto penyanyi Wany Hasrita mengejutkan ramai pihak baru-baru ini.

Perkara itu turut menerima reaksi ibunya, Norita Jaafar yang terkilan apabila gambar anaknya disalahgunakan untuk tujuan tidak sen0noh.

“Mula-mula tahu ada video tu memang saya terkejut… tapi bila saya tanya pada Wany, dia pun terangkan tentang perkara sebenar.

“Sebagai seorang ibu memang saya kecewa tapi kita tak boleh nak kawal orang lain. Ini dugaan yang terpaksa saya dan anak tempuh.

Gambar Wany disalahguna untuk tujuan tidak bermoral.

“Saya berdoa supaya benda-benda macam ini tak lagi jadi pada anak saya,” katanya kepada mStar.

Norita juga ada menasihatkan Wany sentiasa menjaga diri supaya marvah dirinya tidak boleh diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya.

Saya berdoa supaya benda-benda macam ini tak lagi jadi pada anak saya.

WANY HASRITA

PENYANYI

“Lepas benda ni jadi, saya hanya nasihatkan dia supaya banyak bersabar… sudah tentu dia rasa kecewa sebab gambar dia kan.

“Saya harap Wany akan lebih lagi menjaga diri dia, adab serta akhlak yang macam selalu saya pesan pada dia sebelum ini,” katanya lagi.

Video itu sudah tidak boleh diakses selepas Wany meminta peminat untuk melaporkannya kepada penggendali laman Twitter.

Video tidak bermoral itu dimuat naik seorang pengguna laman Twitter memaparkan seorang lelaki melakukan aks1 menj1jikkan di hadapan foto Wany.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Wany meminta peminat agar dapat melaporkan video itu kepada pihak Twitter agar ia dapat segera dipadam.

Hasil pemerhatian mStar, video itu kini tidak lagi boleh diakses serta sudah dihapuskan dari laman sosial tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*