“Muka Kak Lina Dah Ready Bagi Penvmbuk,” Reaksi Elly Mazlein Ketika Dengar Luahan Gadis Perampas Suami Orang Curi Perhatian Netizen!

“Perkahwinan merupakan sebuah perjvdian”

Pastinya setiap wanita yang sudah bergelar isteri masih tersemat indah memori ketika dikhabarkan diri ini dipinang jejaka yang dicintai, alangkah girangnya rasa hati.

Bertambah berbunga-bunga lah hati tatkala mendengar lafaz akad nikah sang suami.

Siapa sahaja gerangan wanita yang meminta untuk memiliki sebuah rumah tangga yang tidak bahagia, mungkin pada awalnya semuanya indah belaka, namun mengapa bila datangnya ‘si dia’ semuanya punah.

Hadirnya insan ketiga dalam perkahwinan merupakan salah satu faktor terkuat perg4duhan dalam rumah tangga.

Hanya kerana bvta dimewahkan dengan wang ringgit, ramai per4mpas yang tergolong daripada gadis-gadis bujang lebih rela bahagia di atas penderitaan wanita lain sehingga sanggup bersedudukan dengan suami orang.

Hal ini turut dikupas di dalam sebuah program perbincangan mengenai isu-isu rumah tangga yang mana tular pengakuan gadis muda ini mengenai dirinya yang sudah lima kali menjalin hubungan dengan suami orang.

Menyedari hal itu, pelakon Elly Mazlein meluahkan reaksi wajah yang amat marah, meskipun dirinya merupakan pengacara bagi program terbabit.

Memuat naik sedutan episod berkenaan, Elly Mazlein turut berkongsi video terbabit menerusi Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Rata-rata pengikut Elly Mazlein menyokong reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu adalah wajar kerana gadis berkenaan terlihat ‘bangga’ mempunyai jalinan asmara bersama suami orang meskipun menyedari perbuataan berkenaan amat ‘menjijikan’.

“Pergh nada bangga habis pompuan ni cakap mamat tu yang terkejar-kejar dia…konon tak pernah kisah kalau tanak kahwin pun tapi kalau suami orang ajak nikah siam nak jugak kan…jeling lagi kak lina jeling!”

Menerusi ruangan komen, Elly Mazlein yang pernah menghadapi penceraian bagi perkahwinan pertamanya dikatakan sudah pasti lebih tahu mengenai bagaimana perasaan para isteri.

Menerusi sumber sebuah laman portal, seorang wanita yang pernah dikaitkan sebagai individu ketiga itu pernah dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami Elly Mazlein dan did4kwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon ini.

Tidak menjadi titik tolak, setiap kehidupan berumah tangga pasti mempunyai ujiannya yang tersendiri, pelbagai faktor membuatkan suami isteri itu bertengkar dan kadang-kala jika tidak kuat menerima dugaan, pencer4ian menjadi salah satu pilihan terakhir untuk menghentikan perbal4han.

Walau bagaimanapun, dinasihatkan semua pihak di luar sana untuk tidak mencemarkan sesebuah insitusi kekeluargaan dengan melakukan perkara yang tidak senonoh dan boleh merob0hkan ‘masjid’ yang telah dibina.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*