5 Jam Melutut Depan Polis, Wanita Kongsi Peristiwa Pahit di Bumi Arab, Dibawa ke Tengah Padang Pasir

Sebuah perkongsian oleh Sherifah Ismail, seorang bekas jururawat di Arab Saudi yang berkongsi pengalaman mencem4skan ketika dalam perjalanan dari Riyadh ke Madinah.

‘Peristiwa PAHlT di bumi Arab’

Kisah kali ni saya nak berkongsi saat dan detik pahit, detik mendebarkan, mencem4skan dan saat yang saya takkan lupa sampai hari ni.

Kisah ni masih segar dalam ingatan saya dan tak ramai sahabat2 saya di Saudi tahu.

Perjalanan dari Riyadh ke Madinah lebih kurang 12 jam melalui jalan darat. Saya takder pilihan sebab nak pindahkan 4 luggage besar ke Madinah so atas persetujuan dengan bayaran Rm1500 kepada seorang driver under hospital National Guard, Raaz, esok harinya kami akan mulakan perjalanan.

Kami bertolak dari Riyadh, seperti biasa saya ditemani insan yang baik hati Kak Su Sueryana Mohammed Nor. Kami bertiga mulakan perjalanan dengan kereta Innova seawal pukul 8 pagi.

Sempat saya buat breakfast nak makan dalam perjalanan, nasi goreng dan nuggets, kak su bawa teh O panas. Sambil menikm4ti pemandangan kiri kanan ( takder apa yang menarik, seluas padang pasir) kami makan sambil berbual kosong.

Dalam lebih kurang 4 jam perjalanan tiba tiba kereta kami diekori sebuah kereta peronda dan membunyikan siren minta kami berhenti.

Raaz stop tepi jalan dan dia keluar dari kereta ke polis peronda, 2 minit Raaz ke kereta kami dan minta kami serahkan Iqama kami (Saudi ID, macam ic) lama juga Raaz bersama polis kat luar tu, hati dah mula rasa tak sedap. Tapi bila fikirkan takder apa salah, saya dan kak su fikir positif je.

Hampir 20minit Raaz masuk kereta dan berkata “sister,we’re in problem’’ alamak apahal ni…

Peronda tu pegang iqama kami dan minta kami ikut kereta peronda tu. Saya asyik tanya2 dengan Raaz kenapa..kenapa..kenapa dia pon tak tau. Allahurabbi…

Hampir sejam ikut peronda tu tetiba mereka belok kanan ke arah padang pasir. Seluas2 padang pasir yang takder apa kiri kanan. Lepas setengah jam saya nampak ada khemah2 kecik, beberapa polis tengah baring santai2 dalam khemah tu!

Ya Allah tempat apa ni…depan sikit ada khemah lagi besar dan ramai jugak polis dalam tu, ada yang tak berbaju, ada yang pakai singlet, ada yang tengah baring santai hisap shisa!!!!

Jantung ni rasa macam nak tercabut, pegang tangan kak su tak lepas, suasana tu sangat scary. Kami berhenti betul2 depan khemah besar tu. Raaz di minta turun, kami stay dalam kereta.

Gambar (kiri), gambaran perjalanan dari riyadh ke madinah, (kanan) gambaran khemah polis2 sedang berehat hisap shisha…di tengah padang pasir.

Saya nampak Raaz masuk dalam khemah dan duduk melutut depan polis yang tengah hisap shisha. Tak tau apa yang dibualkan. Saya dalam kereta dan macam cacing kepanasan walaupon time tu cuasa sejuk sebenarnya. Kak su nampak tenang je..saya dah mula nak nangisss.

Sejam berlalu, Raaz masih melutut depan polis tu. Sorang2 polis ke kereta kami, duduk kat tempat driver dan menyoal kami macam2 soalan, nak ke mana, keje mana, kenapa pergi Madinah, anak berapa, macam2 lagi. Saya dah mula rasa tak selesa.

Last sekali ada seorang polis lain masuk dalam kereta, kak su tanya apa masalahnya dengan kami? Polis tu jawab “ fi musykillah, anta sawa2 driver mafi mahram’’ eh dia kata, masalah besar, kami travel dengan lelaki bukan mahram, apa yang bukan mahram, kami bertiga bukan berdua.

Ya Allah, saya mengg1gil dan menggeletar satu badan bila baca sms dari raaz “sister, whatever is happen don’t come out from the car! Just stay in the car!”

Saya menangis dekat kak su ketakutan. Hujan renyai2 kat luar tu, kami kesejukan dalam kereta. Saya peluk kak su, kak su cuba untuk tenang, dia bagi saya tasbih “ann, jangan macam ni, rileks, kita tak buat apa2 salah, Allah ada, Allah mesti tolong kita, percayalah, zikir banyak2 ann’’

Saya dah tak boleh focus, macam mana nak tenang, kalau apa2 jadi kat kami di tengah padang pasir ni takkan ada saper2 yang tau. Dan kami tak tau pon lokasi kami kat mana time tu. Kak su pon dah mula ketakutan. Ada jugak kak su call sahabat lain dan maklumkan, Cuma tak tau lokasi kat mana.

5 jam melutut depan polis

Bayangkan hampir 5 jam Raaz melutut depan polis tu, akhirnya Raaz masuk kereta dan start enjin. Katanya kena follow lagi kereta peronda tu ke balai polis besar Madinah. What??? Balai polis… apa salah kami….macam2 soalan saya tanya dengan raaz tapi dia tak jawab, dia pon nampak takut. Kami terpaksa ikut sebab iqama masih dengan mereka.

Tetiba dia buka dashboard kereta hulur kami beg kecik (dalam tu banyak namecard), suruh kami cari nama Yusuf Alsyamari dari Dammam, katanya dia ketua polis di Dammam. Dalam beratus name card tu nasib baik jumpa. Raaz call dan saya pon tak faham apa yang dorg bualkan.

Masa tu dah hampir nak maghrib, masih hujan renyai, saya dah lepak, lemah sebab banyk menangis. Zikir, doa tak putus dr mulut.

Ya Allah…tolong aku..aku takut sangat…lindungi kami dari nfsu mereka. Sungguh takut yang teramat sangat.

Perjalanan hampir 2 jam ke arah Madinah, akhirnya kami sampai di balai polis besar. Saya dan kak su duk dalam kereta, Cuma Raaz yang keluar.

Tiba2 phone saya bunyi, abah! Abah call saya dari Malaysia. Ya Allah macam mana saya nak sorokkan perasaan ni?? Abah tau saya travel ke Madinah, abah risau sebab lama tak call update abah, dengan husbnd pon saya takder call.

Bila abah tanya saya terpaksa berbohong cakap dah nak sampai Madinah, dan saya sorokkan perasaan takut, kalaulah abah nampak airmata saya keluar tanpa henti…ermmm saya minta mak abah doakan saya selamat sampai.

Dalam hati ‘’Ya Allah kau gerakkanlah hati mak aku untuk doakan keselamatan kami agar kami selamat sampai” saya tau doa ibu tiada hijab dan akan dimakbul Allah. ‘’mak…doakan adik mak….”

Setengah jam berlalu, tiba2 Raaz masuk kereta dan pulangkan iqama kami!!!! Alhamdulillah katanya… Ya Allah tak terucap perasaan lega time tu.

Raaz cerita, dia berselisih dengan ketua polis Madinah, (polis tu nak balik dah) pastu dia masuk balik dan tanya Raaz, dia ke yang dari Riyadh?(mungkin dia yg dihubungi oleh polis dari Dammam)

Polis tu terus amik kertas dan sign, minta iqama kami dari polis peronda dan pulangkan pada Raaz. Ketua polis kata peronda tu bodoh sebab tuduh kami atas kesalahan travel dengan lelaki bukan mahram, sedangkan kami bertiga Tapi kalaulah tak sempat jumpa ketua polis tu alamatnya kami kena bermalam di lok4p!!!!

Bayangkanlahhhh…sungguh Allah baik…Allah selalu hadirkan insan yang baik untuk saya. Terima kasih Allah.

Masing2 senyap 1000 bahasa sampailah rumah sewa saya, setel angkat luggage, Raaz ke hotel. Saya dan kaksu bermalam di rumah sewa saya. Raaz pesan esok nak balik Riyadh kena travel awal pagi lepas subuh. Ya Allah perjalanan yang terlalu penat dan letih, moga esok dipermudahkan.

Lepas subuh kami gerak balik Madinah, sungguh saya rasa trauma sangat2 tengok kiri kanan padang pasir. Tak henti2 mulut ni berdoa.

Terbongkar punca sebenar, Raaz ceritakan apa yang berlaku

Akhirnya kami sampai ke pintu gerbang Riyadh. Barulah Raaz berani bersuara dan bercerita apa yang berlaku masa dia dalam khemah tu.

Kebenaran pon terbongkar, rupanya iqama Raaz dah m4ti! Itulah sebab utama kami kena tahan dengan peronda, tapi Raaz rahsiakan. Bila sampai kat khemah tu, polis tu tawar menawar dengan Raaz. Katanya ‘’aku boleh lepaskan kau, tapi bagi kami 2 orang sister tu,”

Saya naik marah bila dengar apa yang Raaz cerita, sebab sifat tamak dia nak rm1500 (ambil job hantar kami) tu dia letakkan kami di situasi antara hidup dan m4ti!.

Kalaulah saya tau iqamah (residence permit) dia dah m4ti tentulah saya cari driver lain, Allahu… saya tak dapat bayangkan kalaulah kami ni di hadapkan depan polis2 tu..

Tapi Raaz rasa bersalah, dia cakap kat polis tu, walau nyawa dia jadi taruhan ,sanggup berb#nuh tapi tetap takkan lepaskan kami kat polis jah4nam tu. Tu yang sampai 5 jam dia duduk mengadap tanpa mengalah. Astagfirullahhhh….. menghela nafas panjanggggg…

Walau macam mana pun Allah masih hadirkan insan yang baik, walaupon dia sikit tamak tapi dia masih bertanggungjawab atas kesalahan dia. Baiknya Allah…….

Saya begitu tak sangka pengalaman sepahit ni yang saya tempuh sebelum saya dapat manisnya. Setelah selamat sampai Malaysia barulah saya cerita semuanya pada husband dan family, mereka menangis, patutlah mak abah husband saya tak sedap hati. Lepas abah call malam tu, mak menadah tangan berdoa keselamatan saya. Doa seorang ibu, Allah kabulkan..terima kasih mak…

Ada banyak kisah kami dengar, perempuan dari negara2 lain, di bawa lari polis, askar ke padang pasir, dirog#l pastu dib#nuh, takder saper yang tau.

Itulah hakikat yang berlaku di bumi Arab. Selalu kalau Jemaah haji umrah mesti diingatkan, kalau naik teksi, lelaki naik dulu, kalau turun perempuan turun dulu. Bukan peringatan yang saja2. Ambillah iktibar dari pengalaman saya ni.

Ada seminggu untuk saya berkemas baju dan kelengkapan husband dan anak untuk kami fly ke Madinah. Tak sabar rasanya nak mulakan kehidupan baru di Madinah.

Next chapter, permulaan hidup kami di Madinah.

Dalam pahit, pasti ada manis,
Dalam manis, pasti ada pahitnya.
Sherifah ismail
Ex Saudi staff nurse,
Full time takaful advisor.

Sumber:FB Sherifah Ismail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*