Gambar Anggota P0lis Jumpa Anak Isteri Pada Raya Pertama Di Sekatan Jalan Raya. KPD Putrajaya Akhirnya Beri Respond Tapi Masih Ada Netizen Tidak Puas Hati

Tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan seorang wanita bersama tiga anak melawat suaminya yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di sini pada Khamis.

Ketua P0lis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Fadzil Ali berkata, kejadian tersebut disahkan berlaku pada 13 Mei lalu kira-kira jam 1 petang di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil.

“Kejadian melibatkan anggota Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan anak beliau berumur 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun.

“Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya dan selesai bersalaman keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak.

“Pihak IPD Putrajaya tidak berkompromi sekiranya wujudnya pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang disalurkan kepada P0lis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan SOP dipatuhi.

“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat perkongsian di media sosial,” katanya.

Terdahulu, gambar wanita berkenaan bersama tiga anaknya bersalaman dengan seorang anggota polis yang bertugas di SJR pada hari raya Aidilfitri menjadi tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Meninjau di ruangan komen laman Facebook Sinar Harian, rata rata meluahkan rasa tid4k pu4s h4ti kerana mengikut SOP jumlah kapasiti untuk sebuah kereta adalah 3 orang sahaja.

Jelas didalam gambar tidak termasuk anggota itu adalah seorang isteri dan 3 orang anak dan jumlah keseluruhan adalah 4 orang.

Tetapi ada juga yang memberitahu bahawa munkin ada kereta lagi satu yang dipandu oleh orang lain yang tidak kelihatan didalam gambar tersebut.

Komen Netizen:

“Lbh tu jumlah penumpang dibenarkan dlm 1 kereta. 3 org jer. Tak tau la kot2 Anak dia dah Ada lesen boleh bawa kereta. Pergi 2 buah kereta. Boleh yer bagi sokongan moral sbb bertugas di pagi raya. Pastu mak ayah kami beraya berdua kat kg pun perlu sokongan moral anak menantu jugak. Kira boleh la eh”

“Bukannya kwsn tu crowded dgn org pun. At least bagilah muka sikit kt frontliner ni.”

“Rata2 nitizen pertikaikan kenapa boleh ada 4 orang dalam satu masa dalam sebuah kereta.Jika mengikut SOP hanya 3 org dibenarkan dalam satu kereta.Ini yang mengelirukan semua pihak termasuk saya sendiri sebab soalan ni masih tak terjawab.Jika benar tiada pelanggaran SOP, dan ini bermakna kita semua boleh naik 4 orang dalam kereta dalam satu2 masa”

Jom baca SOP kapasiti kenderaan yang diterbitkan oleh akhbar Malaysia Kini

Hanya 3 orang dalam satu kereta mulai 12 Mei

PKPB: Tidak lagi terhad 4 orang, sehingga 7 orang dibenarkan dalam satu kenderaan - SoyaCincau.com

Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta – termasuk pemandunya – bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga (PKP 3.0)

Bagaimanapun, katanya, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan ekonomi bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah membenarkan penumpang mengikut had kapasiti kereta sesuai dengan status PKP semasa yang diumumkan sama ada bersyarat atau pemulihan.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara.

Jelasnya, usaha itu diputuskan susulan peningkatan kes harian Cov1d-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak.

Sumber : Sinar Harian / Malaysia KINI  via http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://kisahbena.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*