4 Tahun Suami ‘Dic4ras’, Netizen Ber4ng Izreen Azminda Titip Doa Intan Saleh Ketemu Suami Baharu

“Tiada maaf bagimu…”

Siapa sangka 3 kalimat ringkas namun padat ini sudah cukup memberi kesan dan mampu mencengk4m sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf setelah membuat permohonan ampun dan  mengharapkan segalanya pulih seperti sediakala.

Kebanyakan kita sukar untuk memaafkan kerana melibatkan hati yang cukup terlvka, namun tinggi darjatnya diangkat jika dapat mengikhlaskan hati yang gundah dengan penuh kemaafan sebagai penawar.

Benar, bukan mudah sebenarnya untuk memaafkan seseorang yang telah meninggalkan impak dan kesan mendalam dalam kehidupan kita kerana seberat kata maaf yang ingin diucapkan, berat lagi pihak yang ingin melupakan.

Memuat naik gambar di Instagram, Intan Saleh bekas isteri kepada pemuzik tanah air terkenal, Ude Wahid telah memuat naik kenyataan berbaur sedih dan masih lagi tidak dapat melupakan mengenai kisah duka pergolakan rumah tangga yang dihadapinya.

caption:

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat,akan sampai salah tempat.. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan.. Jadi..BETULKAN NIAT…..💚 Selagi xde rasa bahagia…. Selagi ada kesulitan.. Mana mungkin boleh melupakan..Lihat pada situasinya..jika ikhlas hanya Allah aku dan dia.. 💚”

Menyoroti kontr0versi mengenai rumah tangga Intan Saleh bersama bekas suami yang kini sudah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda, beliau telah meluahkan respon balas kepada permohonan maaf yang dibuat secara langsung oleh Izreen melalui sebuah rancangan Melodi pada 16 Mei lalu.

Pertemuan khas empat mata Izreen Azminda bersama Intan Saleh ini telah meraih perhatian warganet setelah dikatakan rentetan ‘pergaduhan’ 4 tahun yang dihadapi oleh mereka ini akhirnya berakhir dengan sebuah kata ‘hikmat’ mohon maaf dari Izreen.

“Mungkin Allah tarik ude & gantikan dgn lebih baik…”

Permohonan maaf secara terbuka itu telah meraih perhatian rata-rata pengguna Twitter yang turut meluahkan rasa janggal dan kecewa melihat cara pelakon itu memohon maaf kepada bekas madunya dan bengang dengan doa yang dititipkan buat Intan setelah dikatakan menjadi ‘punca utama’ pencer4ian pasangan itu.

Meskipun luahan balas Intan di laman Instagramnya berbaur seperti belum dapat memaafkan, dirinya juga mengakui bahawa biarlah selebihnya apa yang terbuku dihatinya itu disimpan dan memilih untuk lebih fokus dengan kehidupan bersama anak-anaknya.

Mengulas mengenai krisis ini, Izreen sempat menitip pesanan buat orang ramai untuk tidak mengeruhkan lagi keadaam mereka dengan menjadi ‘batu api’ atau melaga-lagakan di antara satu sama lain.

Menerusi sebuah sumber laman portal, pertemuan yang diatur itu telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak atas dasar profesional.

Diharapkan kedua-dua pihak dapat merasa lebih tenang dan bahagia disamping dapat membuang perkara yang keruh dan ambil yang jernih.

Izreen yang tampil di kaca televisyen dikatakan kini hamil lima bulan untuk kali ketiga sebagai anak keduanya bersama Ude setelah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sudah berusia 2 tahun.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Intan Saleh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*