Lebuhraya KL-Karak Dilihat Ses4k, Orang Ramai Semakin Ber4ng Dengan Mereka Yang “Selfish”

Kerajaan telah mengumumkan bahawa seluruh negara akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiada rentasan negeri mahupun daerah dibenarkan. Disebabkan kes Cov1d-19 saban hari semakin meningkat, keputusan ini dibuat bagi mengelakkan orang ramai pergi beraya dan berkumpul beramai-ramai di dalam satu rumah atau tempat di mana ia akan menyebarkan v1rus dengan lebih cepat. Walaupun berdvka, orang ramai akur dengan keputusan yang dibuat.

Namun, apabila aliran trafik menuju ke Pantai Timur dilihat sesak beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, orang ramai mula berang dengan mereka yang degil dan tidak patuh kepada arahan yang diberikan. Anggota polis dan tentera terpaksa membuat sekatan jalan raya di beberapa laluan masuk ke Pantai Timur. Laluan ke Kelantan dilihat mempunyai jumlah kenderaan yang paling banyak di mana cubaan untuk merentas negeri dilakukan. Banyak kenderaan yang diarah berpatah balik dan dikompaun kerana tidak mengikut SOP.

Pada malam semalam sehingga pukul 5 pagi ini, Laluan KL-Karak pula dilihat ses4k dengan kenderaan. Hal ini mungkin juga terjadi kerana cuti raya sudahpun habis dan mereka yang pulang ke negeri lain cuba untuk merentas Kuala Lumpur dan Selangor untuk kembali bekerja.

Seorang pengguna Twitter berkongsikan gambar kesesakan yang berlaku di Tol Gombak yang berada di lebuhraya tersebut awal pagi ini. Bagi memastikan hal ini, dia turut memeriksa keadaan lalu lintas di lebuhraya itu menggunakan Google Maps dan ternyata menunjukkan bahawa berlaku kesesakan di situ.

Perkongsian yang dilakukan semuanya bernada sinis dan seperti memerli mereka yang melanggar arahan sedangkan orang lain terpaksa menahan rindu untuk pulang beraya di kampung. Di akhir kata, dia turut menambah bahawa tidak guna jika mereka ambil vaks1n jika mereka tetap deg1l dan tidak mahu sama-sama mengikut arahan yang ditetapkan.

Rata-rata wargamaya di ruangan komen bertambah berang dengan situasi ini. Mana tidaknya, mereka terpaksa duduk di rumah dan tidak dapat ziarah-menziarahi manakala orang lain boleh menggunakan peluang ini untuk merentas negeri. Ramai juga yang berkata selepas ini rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana rakyat sendiri yang melanggar arahan dan bertindak mementingkan diri sendiri.

Bagi yang patuh kepada SOP tahniah diucapkan kepada anda kerana sedikt sebanyak menyumbang kepada negara manakala bagi yang tidak jujur, kami berharap agar anda sedar dengan perlakuan anda. Apa pun, kita sama-sama berdoa agar pandemik ini segera berakhir agar kita semua dapat kembali melalui hidup seperti biasa.

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*