“Dua kali hang buat tahi… famili aku tak akan maafkan!” – Anak Nora beng4ng individu seb4r fitn4h di Twitter, niat nak sam4n terpaksa ditangguh

ANAK sulung kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman Johan meluahkan rasa marah apabila ibunya sekali lagi difitn4h sudah berkahwin di Thailand dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Anuar Musa.

Syakir, 28, berkata, dia dan keluarga tidak akan memaafkan individu yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak benar tentang ibunya.

“Siapa dengar (percaya) memang kena b0doh macam tu je. Teruskan sebar fitn4h sebab famili aku memang tak maafkan dah dua kali hang buat tahi. Buat malu arw4h bapa hang saja,” ujarnya.

Luahannya itu menerima komen salah seorang mengikut yang meminta dia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan akaun @Zack_Rockstar itu.

Fitn4h tetap fitn4h, moga dia diberi balasan dan pengajaran yang setimpal oleh Allah, Insya-Allah

Mohd Syakir Iman Johan

ANAK NORA ARIFFIN

Bagaimanapun, Syakir berkata, dia terpaksa sabar dahulu berikutan ia tidak sesuai untuk dilakukan ketika negara berdepan masalah Cov1d-19. “Niat memang nak sam4n tapi time pandemik ni, kami tak dapat nak sam4n senang-senang sebab semua ni pakai duit. Jadi terpaksa sabar dulu dengan fitn4h yang dilemparkan.

Nora did4kwa sudah berkahwin dengan Anuar Musa di selatan Thailand.

“Fitn4h tetap fitn4h, moga dia diberi balasan dan pengajaran yang setimpal oleh Allah, Insya-Allah” ujarnya.

Terdahulu, Nora sekali lagi dikhabarkan sudah bernikah dengan Anuar Musa selepas sijil nikah yang didakwa milik mereka tersebar di laman sosial.

Penyanyi Di Persimpangan Delima ini kemudian mendedahkan sudah menerima lamaran seorang lelaki dan akan berkongsi mengenai berita gembira itu dalam masa terdekat.

Nora berkahwin dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Johan men1nggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akib4t ser4ngan j4ntung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*