Pernah jadi m4ngsa bvli s1ber, Amira Othman

PERNAH menjadi antara m4ngsa bvli s1ber sebelum ini, penyanyi Amira Othman menasihatkan netizen agar lebih beretika dalam meninggalkan komen di media sosial.

Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, netizen yang gemar meninggalkan komen berb4ur negatif perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis kata-kata yang boleh menggores perasaan individu lain.

“Takut bila baca, luar biasa betul mereka ini komen. Bagi saya secara peribadi, perkara ini tidak seharusnya berlaku tapi nak kawal mulut manusia ini bukannya mudah.

“Netizen mengvtuk macamlah mereka (m4ngsa bvli) tidak pernah buat kebaikan. Kalau ada seribu kebaikan kenapa nak menghukum atas satu perkara ini sahaja?

Amira bersama Elfira Loy dan Wany Hasrita dilantik duta Kempen Anti Bvli S1ber Himaya.

“Begitu juga terhadap diri saya, kalau dulu mungkin saya layan tapi sekarang memang saya abaikan sahaja komen-komen negatif. Kalau saya layan, hidup mesti jadi lagi tertekan,” katanya kepada mStar.

Amira bersama dua rakan artis, Wany Hasrita dan Elfira Loy telah dilantik sebagai jurucakap bagi kempen Anti Bvli S1ber yang dianjurkan oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask.

Netizen mengvtuk macamlah mereka (m4ngsa bvli) tidak pernah buat kebaikan.

AMIRA OTHMAN

PENYANYI

Penyanyi berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah dikecam netizen gara-gara terlalu kuat bersenam sehingga dimasukkan ke hospital pada hujung tahun lalu.

Rata-rata netizen membuat andaian penyanyi lagu Hati-Hati ini dikejarkan ke hospital kerana mengambil suplemen tambahan untuk cepat kurus sehingga menyebabkan dia jatuh sakit.

Amira nasihatkan rakan artis supaya abaikan sahaja komen negatif yang diterima.

Selain bercakap bagi pihak dirinya, Amira juga turut bersimpati dengan nasib rakan-rakan artis yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa yang sering menjadi m4ngsa bvli s1ber netizen sejak kebelakangan ini.

“Berpada-padalah, tulis atau komen dengan menggunakan ayat yang sopan dan beradab. H3ntam m4ki, kesian pada si penerima itu, mereka ada keluarga.

“Sebagai rakan artis kepada mereka yang menerima nasib tersebut, nasihat saya… abaikan sahaja,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*