
Pada awal pagi 20 Mei 2021, media sosial dikejutkan dengan berita kehilangan anak pelakon terkenal, Noorkhiriah Ahmad, iaitu Muhammad Hudhaifah, 12 tahun dari kediaman mereka.
Susulan dari kejadian itu, pelakon tersebut bertindak memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa anak lelakinya itu telah hilang dan memohon orang ramai memberikan maklumat sekiranya ternampak anaknya itu di sekitar Damansara, Petaling Jaya.
Melihat di laman Instagram, beliau turut berkongsi gambar anaknya bersama basikal yang dipercayai digunakannya untuk keluar rumah.
Memetik laporan berita Mstar, suami Noorkhiriah memaklumkan bahawa anaknya disedari hilang sekitar jam 6 pagi dan setelah beberapa jam, anaknya itu telah selamat dijumpai di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), berdekatan pusat membeli belah One Utama.
View this post on Instagram
“Terima Kasih Semua Yang War2kan..Alhamdulillah dah JUMPA..Terima Kasih @iesya_toh orang P1 akak gegar.. @azzaelite …sori akak tengah gigil lagi ni..pada yg wasap/ col nanti akak balas..Terima Kasih semua..Alhamdulillah..Terima Kasih Allah…”
Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu, namun pasangan itu tidak mended4hkan punca dan bagaimana anak mereka hilang.
Mungkin kerana masih terkejut dan terkesan dengan kejadian yang menimpa keluarganya itu.
Kami di Hot FM mendoakan supaya anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan urusan mereka dipermudahkan.
Sumber : Instagram Noorkhiriah dan Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://www.hotfm.com.my/
Leave a Reply