Lelaki ni ditarik P0lis masa duduk dlm Masjid.Bila check dlm beg sandang, ini yg dijumpai

Georgetown: Orang ramai diminta berhenti menyebarkan berita tidak benar mengenai penahanan lelaki di Masjid At-Taqwa, Gelugor, di sini, kelmarin.

Ia susulan video mengenai penahanan lelaki berkenaan yang tular di media sosial dan dikaitkan dengan kes4lahan ingk.ar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua P0lis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi pemerhatian di media sosial, terdapat maklum balas warganet yang mendakwa lelaki terbabit dit4han anggota Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Timur Laut atas kes4lahan mel4nggar SOP di masjid.

VIDEO

“Ia tidak benar kerana lelaki berusia 35 tahun itu ditahan berikutan mengganggu jemaah menunaikan solat selain membawa sebilah pisau.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak menyebar dan menularkan kenyataan yang tidak benar mengenai kes ini,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu lelaki yang memakai baju Melayu berwarna hijau itu dilaporkan berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah pada jam 8.25 malam.

Pemeriksaan pada beg sandang suspek menemukan pis4u berukuran 13 sentimeter.

Suspek yang ditah4n sudah direm4n selama tiga hari sehingga esok (24 Mei) dan si4satan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan K4kisan, Letupan dan Senj4ta Berb4haya 1958.Susp.ek boleh dikenakan hukuman penj4ra sehingga dua tahun dan seb4tan jika disabitkan kes4lahan.

Kredit:HMetro

PKP: JAIS keluar ketetapan baharu jumlah jemaah di masjid, surau

Dalam perkembangna lain, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat penjadualan semula jumlah bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid serta surau seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, menerusi pelaksanaan itu, seramai 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan fardu di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri); Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan masjid pengurusan terdiri daripada 23 pentadbir dan 27 jemaah.

Beliau berkata, bagi masjid institusi dan masjid kariah pula, seramai 23 jemaah terdiri daripada pentadbir sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu lima waktu secara berjemaah.

“Bagi surau solat Jumaat, dihadkan kepada 16 jemaah terdiri daripada pentadbir sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan fardu.

“Surau kariah pula hanya dibenarkan untuk menunaikan fardu dengan jumlah 16 jemaah terdiri daripada pentadbir,” katanya menerusi satu surat kepada semua pentadbir masjid dan surau di negeri ini pada Selasa.

Menerusi ketetapan dibuat JAIS pada awal bulan lalu, bilangan jemaah untuk solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dihadkan kepada 500 orang jemaah termasuk pentadbir, manakala solat fardu hanya 200 jemaah dan solat tarawih hanya 500 jemaah muslimin serta 100 muslimat termasuk pentadbir.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, menerusi ketetapan baharu ini, aktiviti kuliah dan tazkirah secara bersemuka hanya boleh dilaksanakan di masjid-masjid yang dibenarkan dengan ketetapan jemaah solat Jumaat atau solat fardu seramai 50 orang.

“Penceramah jemputan boleh dijemput dengan syarat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

“Kuliah dan tazkirah dalam talian melalui Facebook Live juga boleh dilaksanakan bahkan sangat digalakkan di semua masjid dan surau seluruh Selangor agar program ilmu dan tarbiyah terus diimarahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, pengurusan solat jenazah bukan pesakit Covid-19 turut dibenarkan di masjid dan surau dengan kehadiran jemaah atau kaum keluarga terdekat tidak melebihi 25 orang.

Tambahnya, pentadbir masjid dan surau hendaklah terus memberi akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e-hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“JAIS amat mengharapkan agar semua pentadbir masjid dan surau terus bersabar menghadapi situasi getir ini serta sentiasa mendokong usaha pihak jabatan dalam melaksanakan ketetapan-ketetapan dari Ulil Amri yang kerap berubah disebabkan situasi semasa yang berlaku,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber  :  http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*