Wanita ini memiliki bar di bawah dapur, “Bencinya jadi miskin…”

Terkurung dalam rumah ketika kuarantin adalah sesuatu yang sangat memberi tekanan, malah selepas seketika aktiviti-aktiviti kegemaran yang kita biasa lakukan untuk mengisi masa lapang juga akan rasa membosankan.

Pastinya sehingga suatu masa  kita pernah berangan mempunyai restoran atau pusat membeli belah yang bersambung dengan rumah agar kita tidak perlu melanggar SOP untuk pergi bersiar-siar.

Namun bagi seorang wanita ini, dia sangat bertuah kerana mempunyai rumah yang bersambung dengan sebuah bar di mana dia boleh bertemu dengan rakan-rakannya.

Dalam video yang dikongsikannya di Twitter, wanita itu berkata setiap kali dia rasa bosan di rumah, dia teringat bahawa dia mempunyai bar speakseasy di bawah dapurnya.

Wanita itu dilihat berjalan dari biliknya ke dapur di mana dia kemudian dilihat menolak permukaan kaunter dan membuka pintu kabinet untuk mendedahkan sebuah tangga.

Wanita tersebut menuruni tangga berkenaan dan melalui beberapa pintu sebelum tiba di dalam sebuah bar yang lengkap dan luas.

Rata-rata netizen kagum melihat kemewahan yang dimiliki wanita tersebut di rumahnya malah ada yang mengaku tidak akan keluar rumah jika mempunyai tempat hiburan peribadi di bawah dapur.

“Bencinya jadi miskin…”

“Bila aku jadi kaya macam ni aku akan buat batcave…”

“Bayangkan cari tandas sekali jumpa narnia bawah dapur orang…”

“Tempat yang baik untuk menyorok bila kena rompak…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*