Gara-gara jam tangan PM, ramai kata k4nt0i program khas bukan ‘live’… Ras Adiba sahkan rakaman – “Fokus mesej yang disampaikan”

PROGRAM Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, program yang disiarkan pada pukul 9 malam itu mengupas mengenai cabaran p4ndemik c0v1d-19 ketika negara mencatatkan peningkatan mend4dak k3es harian sehingga lebih 6,000 sejak beberapa hari lalu.

Namun, kec0h di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung, gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri yang dirakamkan ketika bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.

“Bicara Khas dengan Perdana Menteri dilakukan secara live (secara langsung) pada jam 9 malam, tetapi jam PM menunjukkan pukul 6. Adakah ia telah dirakamkan terlebih dahulu?” tulis seorang netizen.

Antara komen netizen di media sosial.

“Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha,” ujar seorang lagi netizen.

“Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM… tiga jam berbeza semasa siaran langsung,” komen netizen.

“K4nt0ilah pula,” tambah yang lain.

Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing.

Foto kiri menunjukkan poster untuk siaran RTM dan Bernama, manakala foto kanan adalah poster ‘siaran langsung’ oleh TV3.

Susulan kekecohan di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah rakaman yang dibuat pada Sabtu.

“Sebenarnya ia dibuat secara rakaman, bukannya live. Ia dirakamkan di RTM pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi.

Apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya

RAS ADIBA RADZI

Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut ‘langsung’ mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung.

“Perkataan ‘langsung’ itu merujuk kepada waktu rakaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut ‘siaran langsung’ ketika program itu ke udara,” jelas beliau.

Pengumuman yang dibuat menerusi laman sosial Bernama.

Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut ‘langsung’ pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai ‘siaran langsung’.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan.

“Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya.

“Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa c0v1d-19 yang membimbangkan, kasihan dengan frontliners… kita semua kena sama-sama jaga diri,” kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penul4ran w4b4k.

Ras Adiba Radzi.

Menerusi wawancara yang berlangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa j4ngk1tan c0v1d-19 di negara ini, SOP, pemberian vaksin c0v1d-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika p4ndemik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*