Baru Nak Surprise Rantai Emas, Bibir Isteri Dah Tersangkut Dulu

Setiap wanita pastinya rasa teruja apabila menerima hadiah daripada insan yang tersayang. Sama seperti yang dikongsikan di dalam video ini di mana seorang isteri menerima kejutan hadiah rantai emas dari si suami.

Namun apa yang menarik perhatian, cara si suami memakaikan rantai emas itu pada isterinya yang mengundang ketawa ramai. Gelagat suami itu juga tular dikongsikan di Tik Tok dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat suami tersebut sedang bersedia untuk memakaikan rantai emas kepada si isteri sebagai kejutan. Si suami kemudiannya duduk di belakang isterinya dan menyarungkan rantai emas itu.

Namun, rantai emas itu akhirnya tersangkut pada bahagian bibir isterinya itu sekaligus mengubah situasi menjadi lucu. Ia juga turut mengundang ketawa dari orang sekeliling apabila suasana romantik dari si suami itu berubah menjadi kelakar akibat kesilapan itu.

Apa yang lebih menarik perhatian, suami tersebut kemudian tetap menarik rantai emas itu gara-gara tidak sedar bibir isterinya telah pun tersangkut. Situasi ini turut menarik perhatian netizen di mana rata-ratanya terhibur dengan gelagat si suami.

“Weh berdosa ke tak ek gelakkan ni…”

baru nak

“Sorry ulang banyak kali biar sakit bibirnya.”

rantai emas

“Rasa berdosa pulak gelak.”

komen

“Silap step lah pak cik nak sweet pun.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*