“Siapa Ryzal Ni?”- Peguam Alan Razak ‘Sound’ Isu Ryzal Pers3nda Baju Kaum Iban & Parking Peguam

Isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) pasangan dua sejoli ini, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail sering menjadi perbualan h4ngat di media sosial di mana kes mereka sering dikaitkan dengan sikap ‘double standard’ pihak berkuasa.

Terbaru, Neelofa dan Haris telah hadir ke Mahk4mah Majistret Seremban pada 20 Mei 2021 untuk persidangan tuduhan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun difahamkan mereka tidak did4kwa di atas melanggar SOP merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Pada hari perbicaraan di Mahk4mah Majistret Seremban itu, difahamkan kenderaan BMW yang membawa Neelofa dan Haris ‘dibenarkan’ memasuki dalam kawasan kompleks mahk4mah serta mendapat kebenaran untuk parkir di premis yang disediakan.

Hal ini telah mengundang amarah barisan peguam yang telah mempertikaikan ‘layanan’ istimewa’ yang diberikan kepada mereka.

Menurut barisan peguam ini, mana-mana peguam tidak dibenarkan untuk parkir dalam kawasan kompleks mahk4mah, malah mereka perlu parkir kenderaan di tepi-tepi jalan luar mahk4mah tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu barisan peguam Seremban ini, influencer yang berkahwin dengan wanita Korea, Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim telah meninggalkan komen yang seolah-olah mengkritik ‘profesionalism’ kerjaya seorang peguam yang hanya membesarkan perkara yang ‘remeh-temeh’ itu di sebuah posting di laman sosial. Hal ini telah mengvndang amarah peguam terkenal, Alan Razak yang telah memb1das kenyataan Ryzal itu yang dimuat naik di Insta Storynya.

Peguam Alan memberi hujah yang tampak ‘kasar’ namun beliau hanya menceritakan keadaan realiti sebenar barisan peguam yang tidak dapat parkir di dalam kawasan Mahk4mah.

Menurut peguam Alan, beliau berkata kompleks Mahk4mah Seremban berada di tepi jalan yang memerlukan peguam-peguam untuk parkir di seberang jalan tanpa ada laluan jejantas untuk melintas sambil mengankut barang-barang seperti jubah, serta suitcase yang berat.

“Kami faham dah macam tu dan sebab kerja kami harung saja. Tapi bila ada kes celebrity lain pula treatment yang diberi.

“Kami tak minta peguam diagungkan. Tak. Kami minta layanan yang sama adil. Sebab asa kerja kami adalah di atas premis keadilan” luah peguam Alan dalam nada geram di Insta Story. 

Selepas ditegur oleh peguam Alan, Ryzal kemudian memuat naik sebuah posting permohonan maaf di akaun Instagram miliknya.

Menurut Ryzal, dia mempertahankan dirinya yang tidak berpihak kepada Neelofa dan suami, malah dia mengakui turut terkilan dengan tindakan pasangan ini yang melanggar SOP.

Tambah Ryzal lagi, niatnya pada awalnya hanyalah untuk menyeru orang ramai untuk berhenti bercakap mengenai isu yang tidak penting dek kerana masih ada isu yang lebih besar untuk diperbincangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)


Bagaimanapun, mungkin perkara sedemikian tidak tampak penting di mata kita namun hal sedemikian dipandang besar terutamanya pada mereka yang berada dalam bidang kehakiman dan undang-undang.

Susulan daripada isu mengkritik pakaian tradisional kaum Iban sebentar tadi, Ryzal dan isteri, Maryam You Narae telah membuat permohonan maaf berasingan secara terbuka dengan memuat naik video mereka meminta maaf di akaun Instagram mereka.

Difahamkan Ryzal berkata dia hanya niat untuk ‘bergurau’ dengan Maryam dan tidak terfikir untuk mengguris perasaan warga Sarawak.

Meskipun Ryzal dihujani makian orang ramai, Maryam tetap memberi sokongan serta berkata dia tidak menyesali berkahwin dengan Ryzal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)


Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram, Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*