Abang Foodpanda Selamba Tamp4r Patung, “Dia Stress Kot…”

Mesti anda biasa nampak mannequin atau patung di butik pakaian kan? Baru-baru ini, ada satu kejadian lucu yang dirakamkan berlaku di antara seorang rider Foodpanda dan patung pameran ini.

Lelaki tersebut dirakamkan telah menampar patung yang dipamerkan di sebuah pusat membeli belah itu secara tiba-tiba. Gelagat lucu lelaki itu turut membuatkan netizen terhibur dengan tindakan spontannya itu.

Menerusi video yang dirakamkan ini, dapat dilihat rider tersebut sedang berada di dalam sebuah butik pakaian. Semasa sedang leka berjalan-jalan, dia berhenti di hadapan sebuah patung yang dipamerkan dan melihatnya.

Namun tidak semena-mena, dia kemudian men4mpar patung tersebut beberapa kali sebelum berlalu pergi. Tindakan spontannya itu turut membuatkan netizen berdekah apabila tiba-tiba sahaja patung tersebut dilakukan begitu.

rider

Meninjau di ruangan komen, netizen turut tampil dengan beberapa komen menarik yang mungkin menjadi punca tindakan spontan lelaki tersebut. Ada yang mend4kwa mungkin lelaki tersebut berasa stress dan cuba melepaskannya pada patung itu.

Ada juga yang berseloroh mungkin lelaki tersebut marah melihat patung tersebut yang tidak memakai topeng muka di situ. Selepas menampar patung tersebut, lelaki itu juga dilihat selamba berlalu pergi seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

“Patung tu: Mujur aku tak hidup je bang.”

abang foodpanda

“Mungkin sebab tak pakai mask.”

patung

“Mungkin patung tu ada buat salah kat dia kot sebab tu dia lempang…”

komen

“Nampak la stress dia tu.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*