Kedengaran kas4r tapi keluarga dah terbiasa, gaya ‘brut4l’ Makcik Petir tegur anak-anak dalam video TikTok cvri perhatian ramai

SEJAK pand3mik C0vid-19 melanda negara, ramai yang sudah lama tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa di kampung halaman.

Namun, kehadiran seorang wanita yang dig3lar Makcik Petir menerusi video-video bersahaja di TikTok ternyata menjadi pengubat rindu netizen kepada ibu masing-masing.

Segala aksi spontan Khatijah Mohamed, 56, dikongsi ke platform video itu oleh anak bongsunya, Muhammad Fareezuan, 26, sehingga tular dan menjadi perbualan ramai.

Bercerita kepada mStar, jejaka yang mesra disapa Fareez mengakui tidak sangka ramai yang terhibur dengan keletah ibunya.

“Sebenarnya sedih bila baca komen netizen, saya 24 jam dengan mak ayah. Mereka pula berjauhan kerana kerja. Bila rindu, tak dapat nak bayangkan macam mana.

Fareez sering berkongsi video mengenai ibunya di TikTok.

“Jadi bila netizen kata mereka terhibur dan teringat mak masing-masing apabila tengok video mak saya, saya rasa bersyukur.

“Saya rasa seronok untuk kongsikan lebih banyak video. Tapi saya memang akan minta kebenaran mak sebelum muat naik apa-apa video,” ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

Kata Fareez, ramai juga yang terhibur dengan ibunya gara-gara pertuturan yang kedengaran agak kas4r pada telinga orang luar.

Mak juga penyayang, tapi dia tak tunjuk dengan kata-kata. FAREEZ

Namun katanya, ibunya memang seorang yang ‘brut4l’ dan mereka sudah terbiasa dengan gaya itu.

“Mak saya seorang yang straightforward, tak reti cakap bertapis. Memang cakap kas4r. Orang kata lawak, tapi pada kami benda tu dah terbiasa.

“Mak memang tak biasa cakap lembut. Dia hanya bercakap lembut kalau ada nak sesuatu. Nampak cara cakap kas4r, tapi dia tak mar4h.

“Dia pun tak sedar, bila tunjuk video baru dia perasan yang dia bercakap agak kas4r. Dia seorang yang brut4l.

Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

“Mak juga penyayang, tapi dia tak tunjuk dengan kata-kata, tapi tunjuk dengan perbuatan. Dia juga seorang yang pemurah dan sangat mementingkan keluarga,” ujarnya lagi.

Antara video TikTok yang mencvri tumpuan tentunya aksii spontan wanita itu menggunakan perkataan seperti ‘kepala h0tak kau’ terhadap anak-anaknya yang mana ia disifatkan netizen sebagai lucu dan menghiburkan.

Kata Fareez, ibunya berasal dari Kuala Lumpur manakala bapanya, Adnan Ahmad, 66, berasal dari Narathiwat, Thailand.

Mengenai dirinya pula, Fareez kini bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah syarikat.

Fareez juga sebenarnya merupakan seorang penyanyi dan dia pernah menyertai program D’Adademy Asia 3 dan Akademi Fantasia tahun 2014.

VIDEIO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*