“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata…” -lsu Pakai Iban, NGO Kaum Dayak Lengkap Berbaju Tradisi Buat Laporan PoIis

SIBU, 27 Mei — Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (Kemada) hari ini membuat laporan polis terhadap selebriti Instagram Ryzal Duriankimchi (Ryzal Ibrahim) yang dikatakan mempersnda pakaian tradisional wanita Iban.

Laporan polis itu dibuat pengerusi kelab itu Jackery Hillary Chukan bersama lima ahli lain yang lengkap berpakaian tradisi pahlawan Iban pada tengah hari tadi di Balai Polis Lanang di sini.

Jackery berkata laporan polis itu dibuat bagi meminta siasatan dijalankan terhadap Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim kerana dikatakan tidak sensitif dengan budaya kaum lain menerusi video yang dimuat naik menerusi media sosialnya.

“Komen-komen seperti itu menghina pakaian tradisional kami orang Iban. Kami tidak dapat menerima permohonan maaf yang beliau muat naik di media sosialnya,” katanya kepada pemberita.

Sebaliknya, beliau berkata kelab itu mahu Ryzal membuat kenyataan secara terbuka memohon maaf kerana menghina dan mempersnda pakaian tradisional masyarakat Iban.

Di dalam video itu yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Ryzal dilihat sedang bergurau dengan isterinya, Maryam You Narae yang memakai pakaian tradisional Iban.


Tindakan Ryzal itu mengundang kcaman netizen yang menganggap beliau tidak sensitif dan tidak menghormati masyarakat Iban.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media bersama, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sibu juga menyatakan rasa ksal dengan tindakan Ryzal tersebut.

Menurut Pengerusi SDNU Chambai Lindong, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya rakyatnya yang berbilang kaum dan setiap pakaian tradisi menjadi identiti kepada setiap kaum yang ada.

“Oleh demikian, setiap rakyat di negara ini bukan hanya harus saling menghormati antara satu sama lain tetapi turut menghormati kebudayaan dan tradisi masing-masing,” katanya sambil menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Ryzal.- BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*