PU Riz Dedah Kesukaran Menjaga Neelofa

Sudah hampir dua bulan melayari bahtera rumah tangga, pasti ia merupakan pengalaman baru buat pasangan selebriti Neelofa dan suaminya, PU Riz.

Baru-baru ini, akaun Instagram Neelofa ada memuat naik sedutan video pasangan tersebut ditemubual oleh seorang peminat secara siaran langsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa Fans (@lofa.redland_nlf)


Apa yang menjadi perhatian ramai adalah soalan yang diajukan oleh peminat yang bertanyakan,”Susah tak nak jaga Lofa ni Ustaz?”

Haris mendedahkan ada waktu susah dan senang dalam menjaga isterinya lebih-lebih lagi Neelofa seorang wanita bekerjaya dan bergelar ‘ketua’.

Katanya lagi, personaliti Neelofa menyebabkan dirinya sebagai suami tidak mudah untuk memberi arahan kepada isterinya. Namun, mereka mengakui masih menyesuaikan diri dengan suasana baharu alam perkahwinan.

“Ada susah, ada senang.. Tapi pengalaman yang adventurous. Ye lah dia orang perempuan yang dah lama jadi ‘boss’ dalam hidup dia. Jadi, bila kita datang sebagai seorang suami.. Jihad dia lah untuk taat suami,” jawabnya.

Sementara itu, Neelofa turut menambah:

“Menyesuaikan diri daripada hidup bujang ke sudah berkahwin adalah tidak mudah tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk taat kepada suami,” jelas Neelofa.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*