Rekaan Jeans Seperti ‘Terk3ncing’ Dalam Seluar Dijual Hampir RM300

Hari ini dapat dilihat rekaan fesyen memiliki ciri yang tersendiri. Kreativiti di luar batasan, segala jenis rekaan ada di pasaran. Bergantung kepada minat gaya yang macam mana sahaja menjadi pilihan.

Tidak kira ianya pelik atau pun unik, jika sudah dalam kategori seni itu maka semuanya boleh diterima. Namun begitu, satu rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar ini telah mencvri perhatian ramai. Seluar rekaan tersebut itu dikeluarkan oleh jenama fesyen dari London iaitu Wet Pants Denim.

jeans seakan terkencing 2

Sesuai dengan namanya Wet Pants Denim, rekaan jeans itu boleh dilihat ada kesan seakan basah di bahagian kelangkang. Menerusi laporan The Sun, jeans tersebut dijual dengan harga hampir RM300 (£50).

Menurut jenama fesyen berkenaan, rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar ini dikeluarkan bagi memberikan rasa luarbiasa kepada pemakai. Malah mereka percaya ia akan menjadi trend dan ikutan ramai satu hari nanti.

jeans seakan terkencing 1-tile

“Kami memperkenalkan gaya tersebut supaya si pemakai berasa yakin menyarungkannya biarpun ia nampak seakan basah di bahagian kelangkang mereka,” ujar wakil syarikat itu di dalam kenyataan menerusi laman web mereka.

Apa-apa pun kalau korang sendiri berani tak pakai rekaan jeans seperti terkencing dalam seluar sebegini? Nanti tak pasal-pasal ada pula yang menegur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*