Polis Selangor nak jumpa ibu Neelofa, si4sat k3s posting berb4ur hin4an kepada Sultan Johor

POLIS Selangor memaklumkan pihaknya mengambil alih siasatan kes membabitkan ibu kepada pengacara, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkaitan posting mempertikaikan titah Sultan Johor yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihak polis akan memanggil Noor Kartini dan menyi4sat secara terperinci berhubung k3s ini.

“Ya saya mengesahkan Polis Selangor akan ambil alih sias4tan… pihak kami akan panggil semula Noor Kartini untuk si4satan.

“Kita telah berbincang dengan Polis Kuala Lumpur… lebih sesuai jika Polis Selangor ambil alih k3s ini,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, pihak polis dalam satu kenyataan pada Ahad telah memulakan si4satan berhubung satu hantaran berb4ur penghin4an kepada Sultan Johor melalui laman Instagram milik Noor Kartini Noor Mohamed.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata satu laporan berkaitan perkara itu diterima kira-kira pukul 5.44 petang Ahad yang dibuat oleh pemilik akaun.

Ketua Jabatan Sias4tan Jen4yah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita berusia 54 tahun itu yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk ‘Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar’.

Sias4tan awal mendapati hantaran berkenaan dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik pengadu dengan membuat hantaran melalui medium Instastory.

Gara-gara kesilapan ini, keluarga Neelofa menjadi perbualan netizen dan mencetuskan tanda tanya ramai termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang turut berkongsi tangkap layar daripada Instagram Noor Kartini itu.

Noor Kartini buat laporan polis berhubung muat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Susulan itu, Noor Kartini tampil dengan kenyataan penafian berhubung kontr0versi berkenaan.

Tidak lama kemudian, pekerja yang did4kwa memuat naik posting tersebut iaitu Zulshafiqah Zulkafli pula menyerah diri dan membuat permohonan maaf serta mengaku bertanggungjawab terhadap kekec0han itu.

Zulshafiqah berkata tangkap layar (screenshot) itu bertujuan untuk rujukannya tanpa berniat memuat naik di Instagram peribadinya atau akaun Noor Kartini.

Dia turut memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor, dan seluruh kerabat Diraja Johor serta Noor Kartini sekeluarga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*