Berpanas dari KL ke Kuala Pilah! Kegigihan rider hantar ‘makanan pengikat kasih’ gembirakan ibu mentua uzvr – “Saya sangka motor dia berkuasa tinggi”

PERJALANAN seorang penghantar makanan ini merupakan pengalaman yang jarang-jarang berlaku kepada rider lain, tidak seperti kebiasaan.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, lelaki berkenaan sanggup menunggang motosikal sejauh lebih 120 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi memenuhi permintaan sebuah keluarga.

“Kegigihan mencari nafkah tu,” tulis seorang wanita menerusi keterangan video.

Wanita berkenaan, Shahila Kasa berkata, penghantaran itu dibuat baru-baru ini yang mana segala urusan termasuk bayaran dibuat oleh kakak ipar dan anak saudaranya yang menetap di Kuala Lumpur.

Dia yang berusia 46 tahun itu memberitahu, rider tersebut menghantar sebiji kek butter dan sebekas ikan bakar untuk ibu mentua yang tinggal bersamanya di Dangi dekat Johol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Ibu mentua saya yang uzvr tidak sihat kira-kira seminggu sebelum penghantaran itu. Sakit tua, dah berusia 87 tahun. Sebelum ini pernah guna alat bantuan pern4fasan.

“Jadi, kakak ipar hantar kek butter yang dibuat keluarganya yang menjadi kegemaran ibu mentua untuk naikkan semangat. Bukan bisnes kek, hanya buat suka-suka.

“Sebelum ini setiap kali Hari Raya atau balik bercuti di kampung, kakak ipar pasti akan buat kek butter dan bawa untuk ibu mentua. Tapi dah lama dia tak balik kerana sekatan rentas negeri disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya kepada mStar.

Kek butter kesukaan ibu mentua.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Shila, katanya, anak saudaranya pula berniaga ikan bakar di Keramat, Kuala Lumpur turut mengirimkan hidangan itu untuk neneknya.

“Mulanya nak kirim kek melalui pos saja, tapi sebab anak buah nak hantar ikan bakar yang dimasak, jadi guna khidmat penghantaran.

“Bila abang rider tu hantar pesanan ke rumah dari Kuala Lumpur, ibu mentua seronok sangat. Nampak happy di wajah dia… Alhamdulillah, keadaan ibu mentua selepas itu bertambah baik,” ujarnya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah.

Ikan bakar kiriman anak saudara.

Menurut guru yang berpengalamaan selama 23 tahun itu, dia sebenarnya terkejut sewaktu menerima kehadiran penghantar makanan tersebut.

“Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah bukannya dekat, boleh mengambil masa hampir dua jam. Saya sangka motor dia berkuasa tinggi sebab sanggup datang dari jauh.

Semoga Allah murahkan rezekinya, dan selamatkan perjalanannya menghantar barang ke mana saja. Mereka bukan sekadar hantar makanan, tapi juga pengikat kasih antara keluarga seperti kami dari kejauhan.

CIKGU SHILA

“Bila dia sampai, saya sebak tengok keadaan motor dia biasa, tapi terharu kerana kegigihan dia mencari rezeki sampai sejauh ini. Sudahlah cuaca panas terik masa tu.

“Dalam keadaan sekarang, antara kita mengalami kesulitan akibat PKP, dia ambil job walaupun jauh demi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga,” katanya.

Cikgu Shila (belakang, kanan) bersama ibu mentua (belakang, tengah) dan suami (belakang, kiri) serta anak-anak.

Cikgu Shila yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, peranan penghantar makanan itu juga sebenarnya menjadi pengikat kasih antara keluarga yang tinggal berjauhan.

“Tak boleh rentas negeri buat sementara waktu, pemberian daripada kakak ipar ibarat pengikat kasih selain panggilan telefon dan video call.

“Pesanan saya buat abang rider tu, terima kasih kerana bersusah-payah sampai sanggup hantar makanan sampai ke Kuala Pilah.

“Semoga Allah murahkan rezekinya, dan selamatkan perjalanannya menghantar barang ke mana saja. Mereka bukan sekadar hantar makanan, tapi juga pengikat kasih antara keluarga seperti kami dari kejauhan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*