[Video] “Jalan Jauh Sambil T0lak Cucu Dalam Tr0li,” Nenek Cari Rezeki Kutip Barang ‘Recycle’

Dalam era pandemik ini ramai yang diuji dengan masalah kewangan malah, ada yang terpaksa mengikat perut berhari-hari kerana kehabisan sumber makanan.

Selain menggalakkan individu dalam kesusahan menaikkan bendera putih di kawasan rumah, semua rakyat Malaysia juga disarankan menghulurkan bantuan kepada mana-mana individu yang memerlukan.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Kyrina Kassim menjadi tumpuan ramai apabila berkongsi kisahnya membantu seorang warga emas yang ditemuinya ketika dalam perjalan menaiki kereta.

Jumpa seorang nenek bersama cucu di jalan raya

Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan seorang nenek menolak cucunya yang berada dalam troli di sekitar lebuh raya DUKE di ibu negara.

Sewaktu disapa oleh Kyrina, nenek itu memberitahu hanya mampu mengutip barang kitar semula seperti kotak dan botol kosong demi menyara hidupnya.

Difahamkan lagi, warga emas tersebut menetap di rumah PPR yang agak jauh dari lokasi tempat pertemuan mereka. Simpati akan nasib warga emas berkenaan, Kyrina menghulurkan sejumlah wang sebagai sumbangan.

Kutip barang kitar semula sebagai punca pendapatan

Namun apa yang lebih menyayat hati adalah apabila warga emas itu terus menadah tangan sebagai tanda syukur sebaik sahaja menerima hadiah tersebut.

Di akhir video Kyrina menjelaskan bahawa dirinya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat warga emas itu dan seluruh ahli keluarganya.

Semoga nenek itu berada dalam lindungan Tuhan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Sumber: TikTok @kyrina.xx

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.klmetro.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*