Netizen gelar Uqasha Senrose ‘Ratu Bollywood’ lepas tonton video hingga raih ribuan ‘views’

Sebut sahaja nama Uqasha Senrose, ramai sudah begitu sebati dengan hasil lakonannya yang hebat dalam membawa apa-apa sahaja watak yang diberikan.

Sehingga Uqasha Senrose kini menjadi antara selebriti kegemaran ramai kerana bukan sahaja cantik malah bakatnya seiring dengan kecantikannya itu.

Pun begitu, selain peminat suka mengikuti perkembangannya sebagai selebriti tanah air dalam banyak drama namun sebenarnya ramai juga peminat yang seronok menyaksikan dia membuat video miming lagu-lagu Bollywood.

Rasanya ramai selebriti wanita sangat suka dengan filem-filem Bollywood seperti Mira Filzah dimana kesukaannya itu sudah lama diketahui peminat dan selain Bintang Paling Popular itu, Uqasha Senrose juga tidak terkecuali dikatakan sangat meminati Bollywood.

Sehingga dalam video terbaru dia miming lagu berjudul Dil Ne Yeh Kaha Hain Dil Se dalam sebuah filem popular, Dhadkan dimana Uqasha Senrose mengundang ribuan tontonan menonton gelagatnya ini di ruangan Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)


Dalam pada itu, Uqasha Senrose telah digelar sebagai Ratu Bollywood kerana minatnya itu miming lagu-lagu dalam filem Bollywood.

“Nanti ajak Mr Tunang pulak join miming, rindu nak tengok both you miming”

“Suka tengok Qasha miming lagu Hindi”

Kepandaian Uqasha Senrose yang jarang tidak menjadi video miming lagu Bollywood itu turut mendapat pujian ramai.

“Haha terer!’

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*