[VIDEO] Perbezaan Bila Perempuan Dan Lelaki Tunggu Lauk Masak, “Betul Lah Tu…”

Jika dibandingkan di antara lelaki dan perempuan, sudah tentunya kaum perempuan yang lebih handal melakukan kerja rumah. Macam yang dikongsikan lelaki ini apabila dia berkongsikan perbezaan di antara lelaki dan perempuan ketika memasak.

Biasanya perempuan lebih mahir melakukan pelbagai tugas dalam satu masa. Manakala lelaki pula, lebih selesa melakukan satu kerja dalam satu masa. Perkongsiannya ini turut membuatkan rata-rata netizen turut sama terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini menunjukkan perbezaan di antara lelaki dan perempuan ketika menunggu lauk masak. Apabila perempuan yang memasak, mereka sempat lagi melakukan tugas lain dalam masa yang sama.

Antara tugas yang dilakukan ialah menyapu sampah, membasuh baju dan membersihkan peralatan memasak. Berbeza pula dengan lelaki, mereka biasanya hanya akan menunggu sahaja lauk tersebut masak tanpa melakukan kerja lain.

Lebih melucukan, lelaki itu juga sempat melakonkan gelagat kaum lelaki yang biasanya hanya akan berdiri di hadapan dapur sambil merenungnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat perkongsian ini. Malah ada juga yang dapat relate dengan situasi ini setiap kali melihat lelaki memasak di dapur.

“Selagi tak masak selagi tu tengok.”

“Paling win dia ajak saya sekali tunggu tercongok kat depan kuali tu…”

“Betul lah tu. Sebelum mula, kira dulu timing kalau sambil basuh baju boleh kemas dapur…”

“Aku cuba ikut macam bini aku masak tapi tinggal sekejap je ikan dah hangit.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*