Rumah tangga Amir Khan musn4h selepas 15 tahun – “Dah lama rancang untuk bercer4i, ini masa yang sesuai”

RUMAH TANGGA pelakon Bollywood terkenal Amir Khan dan isterinya Kiran Rao yang dibina selama 15 tahun akhirnya musn4h.

Amir membuat pengumuman itu dalam satu sidang media pada Sabtu dan memberitahu mereka sudah lama merancang untuk berp1sah.

“Kami sudah lama rancang untuk berp1sah dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukannya secara rasmi.

“Sepanjang 15 tahun yang indah, kami bersama-sama saling berkongsi pengalaman hidup, rasa gembira dan gelak tawa. Hubungan kami juga terbina atas rasa percaya, cinta dan hormat.

“Sekarang, kami akan memulakan episod baharu dalam hidup kami masing-masing, ” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aamir Khan (@amirkhanactor_)

Dalam pada itu, Amir berkata, dia dan isteri akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka Azad Rao, 11, dan kerjaya seperti biasa.

“Kami tetap menjadi ibu-bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad yang kami akan pelihara dan besarkan bersama.

“Kami juga akan terus bekerja secara berkolaborasi dalam filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain yang kami sukai, ” tambahnya.

Amir dan Kiran bertemu buat pertama kali sewaktu set penggambaran filem Lagaan, di mana isterinya bertugas sebagai penolong pengarah ketika itu.

Pasangan ini berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*