Telatah 3 anj1ng hilangkan penat bekerja, anak tauke getah akui haiwan peliharaan sanggup m4ti demi tuannya

VIDEO seekor anjing berwarna hitam berusaha sedaya upaya mengejar kenderaan tuannya yang sedang memecut laju baru-baru ini ternyata menyentuh perasaan netizen.

Setakat ini video perkongsian Lily Nur Elliyana Mohamad, 19 telah mendapat hampir satu juta tontonan dengan 99,000 tanda suka.

Bercakap kepada mStar, Lily berkata anj1ng tersebut yang diberi nama Jojo merupakan anj1ng belaan keluarga mereka.

Selain Jojo, Lily berkata mereka mempunyai dua lagi anj1ng iaitu Ciko dan Bingo yang dibela bagi tujuan menjaga kebun getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan daripada haiwan perosak seperti ker4 dan bervk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami memang bela untuk jaga kebun getah yang baru ditanam, ketiga-tiganya memang akan escort kami kemana-mana selagi boleh ikut.

“Cumanya yang dalam video viral tu, Jojo nak ikut kami tapi kami tak bagi sebab nak pergi kilang getah tu jauh.

“Jadi kami bawa kereta laju, kalau dah tertinggal jauh Jojo akan patah balik, tapi selagi dia nampak bayang kereta selagi tu dia akan ikut, ” katanya.

(Dari kiri) Bingo, Jojo dan Ciko.

Menurut Lily walaupun sedar anjingnya itu selamat, melihat keletah haiwan kesayangannya itu tetap menimbulkan perasaan h1ba dihatinya.

‘Memang sedih dan kesian tengok dia lari macam tu, tapi memang naluri anjing dia akan ikut ke mana tuannya pergi, ” katanya.

Ketiga-tiga haiwan perliharaan Lily dan keluarganya menghalau sekawan lembu yang menghampiri kebun getah mereka.

Namun kata Lily dia akan membenarkan haiwan peliharaan mereka mengekori kenderaan sekiranya kawasan yang mereka pergi berdekatan.

“Mereka ni tinggal dekat pondok yang kami sediakan di kebun getah. Kalau katakan kami nak pegi ambil getah tu kami benarkan mereka ikut sekali sebab jaraknya cuma sekitar dua kilometer.

“Cuma kalau nak mereka ikut kena bawak kereta slow, ” katanya.

Video perkongsian Lily di mengenai anj1ng perliharaan keluarganya itu sering menarik perhatian warga netizen ke laman TikToknya.

Menurut Lily, ketiga-tiga haiwan peliharaannya ini dibela mereka sekeluarga sejak kecil lagi.

“Mula-mula kami ambil Bingo dulu, kemudian Jojo dan Ciko, semuanya kami beli di perkampungan Orang Asli, ” katanya.

Menurut Lily, selain melindungi mereka dan kebun, telatah anj1ng-anj1ng jantan ini turut menghiburkan hati terutama setelah seharian penat bekerja.

“Perangai mereka ni memang mencuit hati, manja dan cerdik.

“Dengan nak ikut ke sana sini, lepas tu perangai acah-acah halau lembu yang nak masuk kawasan kebun kami, tapi sebenarnya ketiga-tiganya kawan je dengan lembu tu.

“Kadang-kadang bila tengah penat kerja tu, boleh hilang rasa penat bila tengok gelagat anj1ng-anj1ng tu, ” katanya.

Ketiga-tiga haiwan peliharaan keluarga Lily ini tinggal di pondok yang terletak di kebun getah mereka.

Menurut Lily, memelihara anj1ng bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk kampung terutama sekali Orang Asli.

“Masyarakat kampung ni memang normal bela anjing di kebun lagi pun di hujung kampung ada perkampungan Orang Asli, satu rumah Orang Asli bela anj1ng sampai enam tujuh ekor sama macam kita bela kucing.

“Anj1ng ni memang akan bagi 100 peratus kesetiaan dan mereka sanggup m4ti demi tuan mereka,” katanya.

Mengakui dia sendiri mempunyai perasaan takut pada anj1ng lain, Lily berkata anjing bagaimanapun boleh dijinakkan sekiranya mereka dilayan dengan baik.

“Mula-mula dulu saya pun takut tapi kita perlu jinakkan mereka secara perlahan-lahan, bagi makan, layan dengan baik jadi lama-lama kita dianggap tuan, sama macam kucing boleh jadi manja.

“Macam saya sekarang anj1ng saya memang tak takut tapi tengok anj1ng orang lain takut juga tapi anj1ng ni simple je, kau tak kacau aku, aku tak kacau kau, ” katanya menambah setakat ini anj1ngya tidak pernah menyergah orang lain.

Anj1ng ni memang akan bagi 100 peratus kesetiaan dan mereka sanggup m4ti demi tuan mereka.

– LILY NUR ELLIYANA MOHAMAD

Menurut Lily anj1ng-anj1ng peliharaan mereka akan sentiasa menjaga kawasan yang dianggap hak milik tuan mereka.

“Anj1ng ni akan warning orang asing yang masuk kawasan tuannya.

“Macam kalau ada orang parking motor atau kereta depan kebun memang akan cepat bertindak dengan menggunakan deria bau, kalau bau asing tapi nampak tuan sambut, jadi secara automatik bermakna tuannya selamat, ” terangnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*