Baru Saja Jalani Kuarantin, Ebit Lew Dah Mula Beri Bantuan Buat Orang Susah

Umum sedia tahu bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew baru sahaja tiba di Malaysia setelah beberapa minggu berada di luar negara atas urusan m1si kemanus1aan di G4za.

Beliau sampai ke Malaysia menaiki pesawat Turkish Air dan terus ke lokasi kuarantin yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalani kuarantin wajib seusai pulang dari luar negara.

Dah mula edar bantuan

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tiba di Tanah Air, Ebit Lew sudah kembali memikirkan nas1b serta kesusahan rakyat Malaysia dengan menggerakan ‘jenteranya’ bagi memberikan bantuan ke seluruh negara.

Hal ini dikongsikan sendiri pendakwah tersebut di media sosialnya dengan memohon doa agar urusan memberikan bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan akan bermula.


Pendakwah itu mengakui berasa sedih melihat ujian yang sedang men1mpa rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi mendengar ada kes bv.nuh diri akib4t tek4nan hidup.

Jadi, beliau telah memberikan nombor telefon setiap lokasi untuk sesiapa sahaja yang dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan makanan.

Masih kuarantin tetap fikir buat kebaikkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana tetap memikirkan nasib rakyat Malaysia walaupun sedang berada dalam kuarantin kendiri.

Mereka juga seperti biasa mendoakan agar pendakwah tersebut terus dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik pada masa akan datang.

Semoga terus dilindungi & dilimpahi rahmat

Tak terhitung kebaikkan yang dibuat

Tak mampu ikut macam ustaz tapi teringin nak buat

Sumber: Facebook Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*