‘Gadis laut’ selamba makan udang dan telur ketam mentah cemerlang STPM! Bawa mak bergambar di port kegemaran selepas dapat keputusan

PELAJAR yang mendapat jolokan ‘gadis laut’ ini pernah tular dengan video makan telur ketam dan udang mentah di atas bot selain kecintaannya terhadap hidupan laut dan aktiviti berkaitan dengannya.

Terbaharu, dia sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan pada Khamis.

Walaupun tidak dapat meraikan kejayaan meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 dalam majlis bersejarah di sekolah bersama guru-guru kerana pandemik Cov1d-19, Izryana Syazwany Azri mempunyai cara tersendiri untuk mengabadikan kenangan indah buat dirinya itu.

Sinonim dengan gelaran ‘gadis laut’, Izryana yang juga seorang kaki pancing merakamkan kenangan bergambar bersama ibunya di atas bot sambil memegang sekeping kertas yang tertera gred yang diperolehinya.

“Kalau boleh nak bawa satu famili tangkap gambar, nasib PKP ja tak boleh keluar ramai-ramai,” tulisnya pada video berdurasi 48 saat yang dimuat naik di TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Sehingga kini video tersebut meraih lebih 49,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Izryana, 20, berkata dia sememangnya tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang sekali gus diangkat menjadi salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya iaitu SMK Tunku Putra, Langkawi, Kedah.

“Sejujurnya saya sendiri tidak meletakkan sasaran yang tinggi. Saya hanya letak kalau boleh biarlah melepasi 3.00. Namun saya cuba buat sehabis baik ketika peperiksaan.

Izryana turut diangkat sebagai salah seorang pelajar STPM cemerlang di sekolahnya.

“Masa keputusan nak diumumkan secara dalam talian, memang gementar. Saya check seorang diri dulu. Bila tengok sahaja gred, rasa macam tak percaya! Namun saya bersyukur dengan rezeki dapat keputusan seperti ini.

“Mak dan ayah adalah orang yang paling gembira lebih-lebih lagi saya anak sulung yang diharap menjadi contoh yang baik untuk adik-adik,” kata gadis yang berasal dari Kampung Mata Air, Pulau Langkawi.

Izryana meraikan kejayaan memperoleh keputusan yang cemerlang dengan merakamkan gambar kenangan di laut.

Dalam nada merendah diri, gadis kaki pancing ini juga menyifatkan dirinya tidak setanding dengan calon lain yang memperoleh gred 4.0 yang layak mendapat liputan meluas serta dikagumi ramai.

Gadis yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik ini menambah, dia bagaimanapun bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya lebih-lebih lagi menghadapi kesukaran apabila menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian (online).

Saya gemar ulangkaji waktu subuh sebab suasana tenang.

IZRYANA SYAZWANY AZRI

“Ramai yang DM minta saya kongsi tips dan sebagainya. Namun saya tiada tips yang khusus… bagi saya semua ada cara masing-masing. Cuma style saya, saya suka mengulangkaji sebelum masuk waktu Subuh.

“Selepas solat, saya teruskan ulangkaji sehingga kelas online bermula. Saya gemar ulangkaji waktu subuh sebab suasana tenang… kalau siang ataupun malam, bising dengan suara adik-adik,” ujarnya lagi.

Izryana meraih perhatian ramai dengan berkongsi video-videonya memancing di laut.

Bercerita lebih lanjut, Izryana berkata dia sudah membuat permohonan kepada beberapa universiti tempatan untuk meyambung pengajian kelak.

“Saya sangat berminat dengan pakaian beruniform… ayah pun sokong kalau kerjaya saya nanti dengan pasukan beruniform. Mudah-mudahan cita-cita saya ini dapat direalisasikan,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*