Ibu dapat panggilan dari persatuan flat gara-gara anak jemur langsir putih

Berikutan penguatkuasaan PKP yang semakin diperketatkan, ramai yang putus sumber pendapatan dan bekalan makanan harian. Walau bagaimanapun, bagi memastikan orang yang tidak mampu untuk membeli bekalan makanan dan keperluan penting buat keluarga, netizen telah memulakan kempen ‘bendera putih’ untuk mengenal pasti siapa di antara orang di sekeliling mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Kempen bendera putih ternyata telah membantu mereka yang bernasib baik dari segi kewangan untuk menderma dan menghulurkan bantuan kepada individu dalam kesusahan tidak kira bangsa dan agama.

Sesetengah kawasan perumahan juga menyerahkan tugas memeriksa kebajikan, mengutip dana dan menyerahkan bantuan kepada keluarga yang mengibarkan bendera putih di kejiranan mereka kepada persatuan perumahan.

Jadi apabila seorang gadis ini menyidai kain putih di tingkap rumahnya, persatuan flat menghubungi ibunya untuk bertanyakan keadaan keluarga mereka dan jika mereka memerlukan bantuan.

Namun pengguna bernama Aishah Sazali yang terlupa tentang kempen berkenaan sebenarnya hanya berniat untuk menjemur langsir putihnya di bawah matahari. Dalam video yang tular dengan lebih 1 juta tontonan di TikTok, bapa gadis itu dapat didengari memberitahu persatuan flat mereka bahawa kain putih itu hanya langsir anaknya.

Di samping geli hati dengan kesilapannya itu, gadis itu memuji keprihatinan ahli jawatan kuasa persatuan yang mengambil berat tentang penduduk.

“Mgkn telekung juga tak leh sidai…”

“Rakyat msia ni prihatin…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*