Pakai PPE, berjoget hiburkan pes4kit Cov1d-19 cilik… petugas sanitasi insaf kerja di pusat kuarantin – “Saya dulu bidang hiburan, tengok orang seronok-seronok”

BIARPUN penat dan berpanas dalam sut kelengkapan pelindung diri (PPE), namun beberapa petugas kelihatan ceria melayani seorang pesakit cilik di sebuah pusat kuarantin.

Gelagat mereka memasang lagu di telefon bimbit dan menari bersama kanak-kanak tersebut meraih perhatian ramai selepas video tersebut tular di media sosial baru-baru ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji petugas berkenaan kerana masih sempat menggembirakan pes4kit walaupun penat dengan tugasan masing-masing.

Menurut Aysha Khairuddin yang merupakan salah seorang individu yang memakai PPE di dalam video tersebut, ketika itu dia dan rakan-rakannya baru selesai menjalankan tugas sanitasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Cov1d-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

“Kami bukan doktor mahupun jurur4wat tetapi kakitangan New Allwell Pest & Cleaning Sdn Bhd yang merupakan sub-kontraktor MITC. Kami menjalankan sanitasi harian di MITC sejak ia mula beroperasi sebagai PKRC lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Memang dah kenal ramai dengan pesakit di sini, bersembang dan ada buat aktiviti bersama mereka selepas kami selesai kerja. Doktor dan jururawat sibuk dengan tugas hakiki seperti ambil dar4h dan periksa pes4kit, jadi kami saja bantu hiburkan pes4kit.

“Si cilik dalam video itu adalah adik Firaas dan berusia dua tahun. Dia masuk PKRC dengan ibu dan kakaknya, manakala ayahnya di hospital. Biasanya pes4kit kanak-kanak termasuk Firaas akan alami s1mptom ringan dan mereka akan banyak mer4gam.

“Jadi kami bantu nak ceriakan mereka. Mula-mula tu dia baring sahaja, bila kami pujuk ajak berjoget, barulah dia bangun dan mood terus happy,” ujar gadis berusia 24 tahun ini.

Aysha (kanan) dan rakannya menghiburkan adik Firaas selepas selesai melakukan tugas sanitasi di PKRC MITC.

Bercerita mengenai tugasannya, Aysha berkata ia sememangnya perkara yang mencabar ditambah lagi perlu memakai PPE dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat.

“Setiap kali masuk dalam ruangan kurantin untuk sanitasi, masa maksima hanya tiga jam. Selepas itu kena mandi dan sarung PPE baru. Malah lapisan dalam PPE pun bukan baju sendiri, sebaliknya yang disediakan.

Aysha menyertai syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sanitasi harian di MITC sejak ia mula beroperasi sebagai PKRC, Mei lalu.

“Memang SOP sangat ketat sebab kita perlu berdepan dengan mereka yang positif Cov1d-19. Penat dan panas tu benda biasa, tapi apabila dapat lihat senyuman mereka, bersembang… sedikit sebanyak hilang penat kami.

“Kesian sangat bila tengok pes4kit yang dah tua. Bila kita bersembang dengan mereka, secara tak langsung boleh ceriakan dan naikkan kembali semangat mereka,” ujarnya yang berasal dari Ayer Keroh.

Menurut Aysha, lapangan kerjanya ketika ini sungguhpun mencabar, namun menghadirkan seribu satu keinsafan dan pengalaman bermakna buat dirinya.

Kadang-kadang ada nampak pes4kit s4wan tiba-tiba, ada pes4kit yang p3ngsan dan macam-macam lagi.

AYSHA KHAIRUDDIN

“Sebelum ini, saya daripada bidang entertainment dan pengurusan acara (event) hampir dua tahun. Tapi sejak pandemik Cov1d-19, event dah berkurang. Apabila ada peluang sertai kerja baharu, saya tak lengah-lengah dan terus mohon untuk sertai.

“Apa yang boleh saya katakan, bidang baharu ni buat kita rasa insaf dan mensyukuri nikmat kesihatan. Kadang-kadang ada nampak pes4kit saw4n tiba-tiba, ada pesakit yang pengs4n dan macam-macam lagi.

Aysha (dua, kiri) mempunyai pengalaman bekerja dalam lapangan hiburan dan pengurusan acara selama dua tahun.

“Perkara ini beri kesedaran dan keinsafan buat saya… sebelum ini di bidang hiburan, kita tengok orang seronok-seronok, tapi di sini, kita tengok situasi yang berbeza 100 peratus.

“Kes pun makin banyak sekarang ni, jadi patuhilah SOP… sama-sama kita bantu putuskan rantaian Cov1d-19,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*