“Sehingga nafas terakhir…”- Semata-mata nak bahagian peha, nota peminat KFC ini und4ng ketawa

Ayam goreng KFC memang enak, tetapi lebih menyelerakan jika dimakan panas-panas. Apa yang membuatkannya lebih sedap adalah jika ayam yang diberikan pekerja restoran adalah bahagian kegemaran kita.

Setiap orang mempunyai bahagian ayam kegemaran masing-masing. Ada yang lebih gemarkan drumstick, ada yang suka kepak ayam, ada yang hanya makan bahagian peha dan ada juga suka bahagian dada kerana banyak daging dan paling kurang lemak.

Walaupun kebanyakan orang tidak begitu kisah atau terlalu memilih dan akan makan apa sahaja bahagian ayam yang ada, berbeza pula kisah seorang individu ini yang memerlukan ayam yang dipesannya dalam bahagian peha sahaja.

Dalam sebuah perkongsian yang tular di Twitter, seorang lelaki berkongsikan resit pesanan KFC seorang pelanggan yang diterimanya membuat dia terhibur.

Dalam nota arahan yang disertakan dengan 5 ketul pesanan ayam KFC, individu itu bukan main mengayat pihak restoran bahawa dia adalah peminat nombor satu KFC dan akan mempertahankan KFC hingga ke ‘nafas terakhir’ hanya agar dia diberikan bahagian peha.

Individu yang meninggalkan mesej berkenaan telah dikenalpasti sebagai pengguna Twitter Cherry Sarbini dan rata-rata netizen terhibur dengan nota dramatiknya itu.

“So extra…”

“Terpaling sweet talker…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*