[VIDEO] Penempatan produk dalam drama Melayu ini buat netizen melu4t, “Try hard betul…”

Penempatan produk atau product placement telah menjadi satu trend dalam drama-drama Korea di mana jenama-jenama seperti Laneige, Samsung dan Kopiko mengambil peluang menyelitkan produk mereka untuk dipromosikan kepada penonton drama.

Dengan cara ini, penonton secara tidak sedar terpengaruh untuk turut memiliki produk yang digunakan oleh pelakon kegemaran mereka dalam drama yang mereka tonton, sekali gus menaikkan penjualan produk sesebuah perusahaan itu.

Melalui penempatan produk dalam drama, perusahaan produk dapat menarik perhatian penonton secara halus untuk meningkatnya keinginan penonton untuk membeli produk mereka.

Pengaruh penempatan produk dalam drama adalah sesuatu yang sangat berkesan, tetapi netizen mempunyai pendapat yang berbeza tentang penempatan produk dalam drama Melayu kita sendiri.

Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini menunjukkan sebuah babak dalam drama lakonan Amyra Rosli yang menunjukkan pelakon itu mempromosikan sebuah produk suplemen.

Namun tidak seperti kehalusan penempatan produk di dalam drama Korea, penempatan produk dalam drama itu sangat jelas sehingga kelihatan seperti iklan, membuat ramai meluat.

Netizen turut meluahkan pelbagai pendapat tentang bagaimana product placement dalam drama Melayu boleh diperbaiki.

“Macam tak kena…’

“Contoh dah ada depan mata, tiru je lah…”

“Kot ya pun ikut instructions from sponsor…”

“Try hard betul…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*