Kecantikan isteri Kang Gary jadi bualan netizen lepas kongsi foto-foto, “Soo pretty…”

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti dari Korea bernama Kang Gary ini terutama bagi peminat rancangan realiti Korea berjudul Running Man.

Meskipun keputusannya untuk mengundurkan diri daripada rancangan tersebut selepas bertahun-tahun mengendalikannya bersama selebriti lain namun peminat Kang Gary tetap menyokongnya.

Malah beritanya yang muncul bersama anak pertamanya selepas empat tahun menyepi dalam dunia hiburan dalam rancangan The Return of Superman mengundang orang ramai seronok kerana dapat melihat kecomelan dua beranak itu.

Meskipun Kang Gary dan Hao telah keluar daripada rancangan tersebut, menerusi platform Instagram selebriti itu sendiri membuatkan peminat dari seluruh negara dapat mengikuti perkembangannya yang suka menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti luar.

Pun begitu, nampaknya beberapa keping foto baru-baru ini yang dimuat naik oleh Kang Gary bersama isteri yang dikenali sebagai Kim mendapat perhatian netizen dengan lebih 100,000 tanda suka ditinggalkan.

Kecantikan isteri Kang Gary mengundang ramai memberikan pujian diruangan komen menerusi posting tersebut apabila kedua-duanya disukai kerana gaya mereka yang menarik bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kanggary (@kanggary_yangban)


Dalam pada masa yang sama, netizen turut mengungkapkan rasa rindu mereka terhadap Kang Gary yang sudah lama tidak dapat dilihat lagi menerusi rancangan Running Man.

“Isteri awak sangat cantik’

“Rindu…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*