“Sila hubungi kami” – Kecoh! Penumpang Tertinggal Gigi P4lsu Dalam Tren, RapidKL Minta Pemilik Datang Ambil

Kemudahan awam seperti KTM, LRT dan MRT, sudah menjadi pengangkutan yang sering digunakan oleh sebilangan besar penduduk ibu kota untuk menuju ke suatu tempat.

Bukan saja menjimatkan masa, malah ia turut menjimatkan kos dengan sangat efisien.

Tertinggal gigi p4lsu 

Mesti kadang-kadang tu kita perasan, sesetengah pengguna pengangkutan awam ini mesti akan tertinggal barangan mereka. Namun baru-baru ini viral, apabila seorang pengguna LRT ‘tertinggal’ barangan yang boleh kita kata sangat rare.

Pihak RapidKL telah memaklumkan di laman Facebook mereka dan menyatakan terdapat seorang penumpang tertinggal gigi palsunya di dalam tren 151 laluan Kelana Jaya.

Justeru, pihak RapidKL telah minta individu pemilik gigi tersebut untuk mengambil barangan tersebut.

“Kepada yang tertinggal gigi palsu ketika menaiki tren 151 laluan Kelana Jaya sebentar tadi, sila hubungi kami untuk mendapatkan kembali barangan anda. Terima kasih.”

“Macam mana kalau pemilik dia pakcik makcik”

Di ruangan komen posting tersebut, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Namun ada juga yang bersimpati jika pemilik gigi palsu itu adalah golongan warga emas yang tiada media sosial.

Kasihan betul pemilik dia! Dah lah situasi sekarang ni banyak pakai duit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*