Top 5 Putera Yang Paling Segak Dalam Dunia, Perempuan Memang ‘Cair’ Tengok!

Kamu nak berkahwin dengan anak raja? Tak salah pun kalau mahu berangan. Bila bercakap soal putera raja, ramai yang sudah boleh bayangkan betapa sempurnanya mereka. Bukan sahaja kacak, malah memiliki pelbagai kriteria lain yang lengkap membolehkan mereka menjadi bakal pemimpin.

Nak tahu putera raja yang mana paling kacak sekali dalam dunia? Murai MY senaraikan top 5 putera yang paling kacak!

Putera Félix (Luxemborg)

Anak kedua kepada Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa, Putera Félix merupakan pewaris tahkta ketiga kerajaan Luxemborg. Putera Félix berkahwin dengan Puteri Claire dan mempunyai tiga orang anak.

Foto – Pinterest

Pernah menyertai Royal Military Academy Sandhurst, Putera Félix terpaksa berhenti ak1bat keced3raan lutut yang agak tervk. Selain itu, putera ini juga mempunyai skil dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam.

Putera Carl Philip (Sweden)

Memiliki wajah seperti aktor Jamie Dornan, Putera Carl Philip pernah menjadi keg1laan wanita suatu ketika dahulu walaupun sudah berkahwin dengan Putera Sofea.

Foto – Pinterest

Putera Carl Philip ini juga merupakan abang kepada Puteri Madeline yang turut disenaraikan sebagai salah seorang puteri tercantik di dunia.

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (Brunei)

Merupakan putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sangat gemar bermain polo dan bertinju. Seperti Pengiran yang lain, dia juga mengikuti latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen juga memiliki sarjana muda dalam bidang sastera di University of London’s School of Oriental and African Studies. 

Putera Mahkota Sheikh Hamdan (Dubai)

Mahu dikenali sebagai Fazza, putera Dubai ini merupakan seorang putera yang mempunyai kelebihan dalam menulis puisi yang berunsurkan romantik.

Foto – Pinterest

Selain memiliki wajah yang kacak dan pandai menulis puisi, putera Dubai ini memiliki kelebihan untuk menunggang kuda, penyelam profesional dan semi-profesional penerjun udara.

Putera Constantine-Alexios (Greece & Denmark)

Putera Constantine-Alexios atau lebih mesra dikenali sebagai Tino merupakan cucu kepada Queen Anne-Marie. Memiliki hobi menunggang kuda dan melukis, putera yang agak pendiam ini merupakan anak pembaptisan kepada Duke of Cambridge, Putera William.

Foto – Pinterest

Cair lihat putera-putera raja di atas, memang kacak! Cuba kongsikan, yang mana satu kamu suka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*