Minta izin nak bayar separuh, tuan rumah kata tak payah bayar buat netizen kagum, “Untungnya…”

Ramai yang sedia tahu keadaan negara yang dilanda wabak Cov1d-19 sehingga kita sekali lagi diwajibkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana dengan lebih ketat syaratnya sejak awal Jun lalu.

Malah banyak sektor yang masih tidak dibenarkan untuk beroperasi. Namun begitu, satu hantaran video perkongsian seorang individu ini mengenai kebaikan tuan rumah yang didudukinya mengundang rasa kagum ramai terhadap dia.

Melalui ruangan akaun TikTok atas nama Irham Mustafa570 ingin berkongsikan kebaikan tuan rumah kepada umum dimana dia pasti masih ramai lagi yang prihatin seperti insan dikenalinya itu.

Dia berkongsikan bagaimana dia meminta izin tuan rumah untuk membayar sewa rumah separuh dan terus dia menerima balasan bahawa dia tidak perlu membayar sewa rumah ketika itu.

Bagaimanapun dia turut merasa sedih dan meminta maaf kerana hal itu namun terus dibalas tuan rumah tidak mengapa kerana dia sangat memahami situasi sekarang.

Malah lebih membuatkan netizen kagum dengan sikap tuan rumah berkenaan sempat memberikan pesanan agar jangan segan untuk memberitahunya jika memerlukan bantuan.

“Untungnyaa dapat owner macam tu. Saya ni dinaikkan sewa adalah”

“Kalau lah semua owner rumah sewa dekat Malaysia ni baik hati dan faham…”

Sumber : Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*