Reaksi Bapa Hanya ‘Redha’ Bila Kucing Ditvduh Rosakkan TV

Buat yang ada haiwan peliharaan di rumah pastinya menjadikan ia sebagai antara yang disayangi dan dianggap seperti keluarga sendiri. Apatah lagi haiwan itu adalah kucing yang sangat manja dan sukakan perhatian.

Kadang-kadang kucing ini dapat lebih perhatian dari segala-galanya. Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang lelaki cuba kenakan ibu dan bapanya mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu lelaki tersebut menuju ke pintu sambil memberitahu bapanya yang TV di rumah sudah rosak.

Dengarnya kucing di rumah mereka yang buat TV itu terjatuh lalu rosak. Mendengarkan TV rosak kucing yang buat, reaksi bapa hanya ‘redha’. Lelaki tersebut kemudiannya menerangkan bagaimana TV tersebut jadi begitu.

Namun tiba-tiba dia memberitahu ada kamera di situ sebagai petanda ibubapa mereka sudah terkena gurauan! Berikut adalah rakaman ibubapa kena prank oleh anak-anak mereka yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @zalikhazulhaimi:

Perkongsian rakaman reaksi bapa hanya ‘redha’ lepas diberitahu TV rosak selepas kucing mereka terjatuhkan ini telah meraih perhatian ramai. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Dia kalau kucing tak marah, jangan anak yang buat”

“Hahahaha sebab kucing yang buat tak leh buat apa dah. Mengeluh je lah hahaha”

“Fuh kucing buat ibu ayah relax. Cuba korang bagitahu korang yang buat. Mahunya korang tidur luar, kucing tidur katil korang”

Sumber : zalikhazulhaimi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*