Aks1 lelaki Arab ini bahan Mat Saleh menari lagu Arab bikin berdekah, “Berair mata aku…”

Pengguna TikTok sangat gemar berkongsikan kreativiti tarian mereka di platform perkongsian video itu menggunakan lagu-lagu popular.

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tarian-tarian yang tular di TikTok kebanyakkannya berasal dari pengguna kulit hitam yang menggunakan unsur tarian dari budaya mereka, sebelum ditiru dan dipopularkan oleh pengguna berkulit putih untuk kelihatan eksotik.

Baru-baru ini pula sebuah video yang telah tular menunjukkan seorang lelaki dan wanita Mat Saleh melakukan tarian untuk sebuah lagu Arab pula di TikTok.

Tindakan pasangan itu menggunakan lagu Arab membuat ramai yang percaya bahawa orang putih sudah kehabisan idea untuk kelihatan eksotik dengan menggunakan budaya lain.

Pasangan dalam video itu dilihat menari dengan pergerakkan-pergerakkan popular dari tarian TikTok yang tular, mengundang ramai orang Arab untuk memb4han mereka.

Salah seorangnya adalah lelaki bernama Eessa yang membalas kepada video pasangan itu dengan berjubah dan berkuffiyeh sambil memasang lagu Bahasa Inggeris sebelum dia mula menari dengan pergerakan seperti makcik Arab.

Video dari lelaki Arab itu menunjukkan betapa mengarutnya pasangan Mat Saleh itu menari TikTok dengan lagu Arab, sekali gus mengundang dekah netizen.

Malah ada juga yang berkongsikan video dari pengguna-pengguna Arab lain yang menyindir orang Amerika menggunakan lagu Arab untuk menari TikTok.

“Lepas orang kulit hitam berhenti buat video dorang cari budaya lain pulak…”

“Berair mata ku…”

“Satu detik dalam sejarah bila orang putih jumpa budaya lain bagi kita manfaat…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*