Bapa dah tiada… anak berhenti tepi jalan semasa bawa ibu pos1tif Cov1d-19 ke hosp1tal, peluk c1um minta halalkan susu – “Takut ini kali terakhir jumpa mak”

SELAGI hay4t dikandung badan, hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada.

Itulah kata-kata yang dipegang oleh Sharifah Enson Syed Abdullah, 41, yang tidak pernah berputus asa untuk terus berbakti kepada ibu bapanya walaupun mereka sudah uzvr dan tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.

Lebih perit untuk ditanggung Sharifah Enson apabila dia menerima berita bahawa ibu dan bapanya kedua-duanya disahkan positif Cov1d-19.

“Mak tinggal dengan kakak saya, tak jauh dari rumah saya di Damansara tapi saya selalu ulang alik tengok mak dan ayah serta selalu bawa mereka ke hospital.

“Bermula dengan anak kakak dem4m, selang beberapa hari selepas mereka sekeluarga buat swab test, saya diberitahu mak juga positif Cov1d-19, ” katanya ketika dihubungi mStar, mengimbas bagaimana dua insan tersayang dij4ngkiti wab4k m4ut itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Lebih mesra disapa Sha, wanita ini berkata dia tidak dapat menahan seb4k ketika mahu menghantar ibunya ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam masa sama Sha juga bimbang memikirkan keadaan bapanya Syed Abdullah Bidin, 77, yang berada di Hospital Selayang kerana mengalami masalah buah pinggang yang kemudiannya turut disahkan pos1tif Cov1d-19.

“Saya terus menangis, dalam hati saya kata adakah ini kali terakhir saya dapat jumpa dengan mak.

“Sebelum saya hantar mak pergi hospital, saya parkir tepi jalan. Saya terus pelvk mak, minta maaf dan minta halalkan susu yang diberi,” katanya.

Setiap minggu Sharifah akan membawa ibunya untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Menurut Sha, walaupun dij4ngkiti Cov1d-19, ibunya Rahmah Jaafar yang berusia 75 tahun seolah-olah tidak mengerti apa-apa disebabkan sudah uzvr, malah sudah tidak boleh berjalan selama bertahun-tahun.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat ibunya tidak memberikan sebarang reaksi apabila dipelvk civm Sha berkali-kali, namun raut wajahnya menunjukkan warga emas itu seolah-olah tahu sesuatu yang menyedihkan sedang berlaku.

Merupakan anak keenam daripada tujuh orang adik beradik, Sha berkata selepas selesai menjalani pemeriksaan, doktor memberi pelepasan untuk dia menjaga ibunya sendiri di rumah kerana keadaannya tidak begitu kritikal selain ahli keluarga lain yang positif turut menjalani kuarantin di kediaman sama.

“Walaupun keputusan saya negatif, saya sanggup ambil risiko asalkan mak saya ada depan mata, saya hanya tawakal kepada Allah. Pihak hospital beritahu kena pantau mak 24 jam.

“Setiap malam saya akan tengok muka mak, walapun dia tengah tidur,” katanya sambil menambah keputusan ujian swab menunjukkan dia tidak dij4ngkiti Cov1d-19.

Menurut Sha, selama hampir 20 tahun berulang alik ke hospital demi memastikan dua insan tersayang sentiasa sihat, dia masih belum puas untuk menjaga mereka dan tidak pernah sedikit pun mengeluh apabila terpaksa bangun awal pagi.

“Sebelum ni abah tiada simptom apa-apa, cuma masa di hospital dia ada mengadu lapar. Bila nak makan, terus dia rasa pinggang dia sakit.

“Masa doktor nak tukar ke wad pesakit Cov1d-19, itulah kali terakhir saya dapat melihatnya. Saya nak cakap dengan mak tentang keadaan abah pun tak sampai hati.

“Mak tanya, abah mana. Saya hanya jawab abah dekat hospital, sedangkan sebelum ni dia jarang tanya.

Sha sempat menziarahi pusara arwah bapanya seketika selepas dikebumikan.

Tanggal 7 Julai 2021 tepat jam 11.06 minit pagi, Sha akur apabila mendapat tahu bapanya telah dijemput menghadap Ilahi.

“Disebabkan terlalu banyak kes masa tu, abah terpaksa dikebumikan pada esok hari (Khamis). Tapi Alhamdulillah, semuanya cepat dan berjalan lancar.

“Perjalanan nak kebumikan arw4h dipermudahkan, sepatutnya dia pes4kit yang ke-11 tapi entah macam mana abah didahulukan pengebum1an,” katanya.

Dikebumikan di Tanah Perkubvran Kota Damansara, Sha dan adik beradiknya pasrah dengan takdir yang sudah ditetapkan kerana mereka tidak sanggup lagi melihat kes4kitan dan pender1taan yang dialami bapanya.

Bimbangkan kesihatan ibu yang masih menjalani kuarantin, Sha mengambil keputusan untuk tidak memberitahu lagi tentang pemergian bapanya dalam masa terdekat.

Bagi saya mak masih belum lagi bersedia nak terima kenyataan ni kalau saya beritahu sekarang. Sebab dia selalu tanya mana abah.

SHARIFAH ENSON

“Ambil masa, mungkin selepas mak habis kuarantin. Biar adik beradik bagi mak happy dulu, nanti baru kami akan beritahu,” katanya.

Sha turut berkongsi perjalanan menjaga dua insan tersayang ini menerusi video di aplikasi Tiktok sehingga mendapat perhatian ramai dan meraih lebih dari 386, 000 tontonan.

Dia turut meninggalkan pesanan buat masyarakat di luar sana agar sentiasa menghargai ibu bapa selagi masih ada dan menjaga diri dengan mematuhi SOP.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*