“Maaf Saya Nak Tanya Untuk Kepastian…,” – Tanya Penyelia Kvbur Status Ziarah Pusara, Ini Perkongsian Datuk Nora Ariffin

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin pada Jumaat berkongsi perbualannya bersama penyelia tanah perkvburan dengan bertanya status menziarah pusara arw4h suami serta anaknya di Tanah Perkubvran Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini memuat naik pusara ahli keluarganya yang telah pergi meng4dap Ill4hi.

Menurut Nora, penyelia berkenaan memaklumkan aktiviti menziarah kubvr masih tidak dibenarkan berikutan prosedur operasi standard (SOP) semasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang masih berkuatkuasa.

“Salam Jumaat. Text saya kpd penyelia tanah perkubvran bukit kiara.

“Saya: Salam ust, maaf saya nk tanya utk kepastian, incase saya tertinggal latest info. Kubvr mmg masih tak boleh ziarah ye? Atau ada masa2 tertentu.?

“Penyelia: Ye, betul puan, mmg masih tidak boleh ziarah.

“Saya: Ya Allah sedihnya, padahal kubur bukannya ramai org kan…

“Peyelia: Maaf puan, hari2 ada jenazah covid masuk 4-5 org sehari. Mmg ramai yg masuk

“Saya: Allahuabar..ok ok saya faham. Terima kasih ust.

“Moga memberi kesedaran pada kita semua. Fikir-fikirkanlah,” tulisnya.

Perkongsian syahdu Nora turut disusuli dengan ucapan takziah serta doa daripada para pengikutnya di ruangan komen.

“Baru tahu nape x boleh ziarah kubvr.. kadang trtnye jgk nape x boleh ziarah.. t.ksh bgtau kak .. Al-Fatihah (dibaca),” tanya seorang peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

“Sis, kamu seorang wanita yang kuat ya. Saya adore dengan kamu. Semoga Tuhan kurniakan kekuatan kepada kamu selama nya. Be strong Datuk Nora,” tulis seorang warganet yang lain.

“Sbr ye kak…sy jgk senasib..menantikan kebenaran ziarah kubvr arw4h suami & ank,” luah lagi seorang peminat,” tulis seorang lagi warganet.

Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Komen Netizen:

Arwah Johan telah menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akib4t ser4ngan sakit j4ntung.

Selepas itu, anak keduanya Muhammad Syakir Alif men1nggal dunia pada 14 Disember 2019 ketika usia 20 tahun, salam takziah.

Foto: Instagram Nora Ariffin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*