Cem4s! Nampak lip4n keluar dari beg tangan ketika memandu, reaksi spontan gadis ini memang padu… mula-mula BF tak percaya, lepas itu gigih punggah kerusi!

SIAPA yang tidak cuak jika terlihat kelibat ‘m4khluk asing’ merayap di dalam kenderaan ketika sedang memandu kan?

Melihat kelibat serangga seperti lipas sahaja pun sudah membuatkan seseorang geli geleman dan ‘melompat’, bayangkan pula jika terlihat m4khluk berbisa seperti lipan!

Itulah yang dialami oleh seorang gadis ini apabila seekor lipan bara menyelinap di dalam kereta sehingga dia terpaksa ‘memunggah’ kerusi tempat duduk kenderaannya untuk mencari haiwan berkenaan.

“Sampai sekarang risau nak duduk. Dah tekad, kalau tak jumpa, nak beli seat baru, ” demikian tulis gadis berkenaan pada perkongsian videonya di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan rakan lelaki kepada gadis berkenaan bertungkus lumus ‘memunggah’ tempat duduk keretanya untuk mencari lipan berkenaan sehingga akhirnya haiwan itu berjaya ditemukan.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 136,000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Sakinah Samsudin berkata ins1den cem4s itu berlaku minggu lalu ketika dia berseorangan memandu kereta untuk ke kedai.

“Masa dah sampai depan kedai, saya nak ambil beg duit dari dalam beg tangan. Masa keluarkan beg duit, lipan itu pun meluncur keluar sekali. Spontan saya pun terperanjat dan terus melompat ke tempat duduk belakang.

“Saya nampak lipan tu menyusup dekat celah-celah tempat duduk penumpang sebelah kiri. Tak tunggu lama, saya keluar daripada tempat duduk belakang.

“Dalam terperanjat tu pun saya sempat lagi masuk kedai beli barang macam biasa. Tapi masa nak memandu pulang, saya cuak juga sebenarnya. Tapi saya bertawakal dan berdoa moga-moga lipan tu tak merayap sebelum saya sampai dengan selamat,” cerita gadis berusia 23 tahun ini.

Sakinah berkata dia mengambil keputusan untuk singgah ke rumah teman lelakinya yang terletak berhampiran kedai dan mahu meminta bantuan lelaki tersebut untuk mencari lipan yang sedang ‘bersembunyi’ di dalam keretanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Teman lelaki Sakinah gigih mencari lipan yang bersembunyi di celah ruangan tempat duduk penumpang.

“Masa saya cerita, dia mula-mula tak percaya juga bimbang saya tersilap tengok. Tapi saya yakinkannya. Gigih dia keluarkan seat penumpang untuk cari.

“Masa tu dah lah panas, kesian juga dia mencari-cari. Selepas kira-kira sejam berusaha, akhirnya jumpa juga lipan tu… ia bersembunyi dekat besi penyandar belah belakang.

“Mujurlah usaha tak sia-sia… kalau tak jumpa juga, saya dah nekad nak beli seat baru. Tak sanggup saya nak memandu memikirkan ada ‘m4khluk asing’ dalam kereta, ” cerita gadis yang menetap di Pasir Gudang, Johor ini.

Sakinah yang juga siswi jurusan Sains Sukan dari UiTM berkata, insiden keretanya dimasuki ‘m4khluk asing’ adalah kali pertama berlaku dan ia membuatkannya masih tr4uma sehingga kini.

“Selepas ins1den itu, saya jadi lebih berhati-hati… sebelum ni nak ambil apa-apa, seluk je beg tangan. Sekarang ni saya akan jengah dulu bimbang ada ‘benda’ menumpang dekat dalam.

Mujurlah usaha tak sia-sia… kalau tak jumpa juga, saya dah nekad nak beli seat baru. Tak sanggup saya nak memandu memikirkan ada ‘m4khluk asing’ dalam kereta.

SAKINAH SAMSUDIN

“Beg tangan lama yang pernah ‘ditumpang’ lipan itu pun saya dah buang. Tak fikir dua kali dah… nasib baik murah je beli dari Shopee. Lagi satu, saya pastikan beg tangan digantung selepas guna.

“Mungkin sebab saya letak dekat lantai sebelum tu, kebetulan musim hujan sekarang… itu yang lipan tu ‘tumpang’, ” katanya.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Sakinah berkata dia sekadar berkongsi pengalaman yang dialaminya dan dalam masa yang sama mahu memberi peringatan kepada orang lain supaya berhati-hati.

Lipan bara akhirnya ditemui selepas hampir satu jam.

Komen Netizen:

“Tak sangka pula viral… tapi ramai yang komen, mereka pula ‘overthinking’ benda yang sama berlaku. Ada yang kongsi cerita sama di mana kereta adiknya juga pernah dimasuki lipan dan hanya disedari selepas terasa ‘pelik’ bila duduk.

“Jadi bagi sesiapa yang rasa macam ada benda ‘pelik’ dalam kereta, eloklah periksa… bimbang nanti jadi sarang, lagi bah4ya.

“Lagi satu, buat kaum wanita, gantunglah beg tangan dan jangan biar atas lantai… bimbang ‘ditumpang’ haiwan lebih-lebih lagi musim hujan, ” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*