Ditvduh tidak buat kerja, surirumah ini rakam tugas seharian di rumah raih jutaan tontonan

Bagi ramai wanita, menjadi ibu dan surirumah adalah salah satu tugas paling bermakna. Tetapi ia juga dilengkapi dengan pelbagai tanggungjawab, cabaran, dan masalah yang perlu dihadapi setiap hari.

Untuk mengatasi semua itu, wanita memerlukan kesabaran dan sokongan dari orang sekeliling, namun masih ada segelintir individu dalam masyarakat zaman sekarang yang berpendapat bahawa ibu yang duduk di rumah menjaga anak tidak melakukan apa-apa.

Untuk menjaga anak sahaja seorang isteri itu perlu memberikan tumpuan kepada mereka sepanjang masa, belum lagi dikira kerja-kerja rumah lain.

Jadi apabila seorang wanita ini ditvduh oleh pasangannya bahawa dia tidak melakukan apa-apa di rumah sementara lelaki itu di tempat kerja, dia memutuskan untuk merakam segala tugasnya dalam satu hari untuk membuktikan bahawa pasangannya adalah salah.

Dalam video yang dikongsikan oleh Sierra Nicole di TikTok dan telah meraih lebih 2 juta tontonan, wanita muda itu menunjukkan rutin hariannya yang melibatkan penjagaan 2 orang anak kecilnya termasuklah memandikan mereka, menyiapkan dan memberi mereka makan, menukar lampin dan menidurkan mereka.

Di samping tugas-tugas itu pula surirumah berusia 22 tahun itu juga sempat membersihkan rumah, mencuci pingan mangkuk, melipat pakaian, membersihkan ruang makan, mop rumah, dan makan.

KOMEN NETIZEN:

Selepas anak-anaknya tidur, biasanya dia akan menghubungi pasangannya untuk bertanya apa yang lelaki tersebut ingin makan untuk makan malam, tetapi pada hari itu dia hanya menyiapkan minuman untuk dirinya sendiri dan meluahkan rasa marah terhadap lelaki-lelaki yang tidak menghargai orang rumah mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*