Kononnya Buat Video Dengan Kekasih, Plot Twist Pula Bikin Berdek4h

Sekarang ini memang ada pelbagai trend video menarik yang banyak dilakukan di platform Tik Tok. Antaranya ialah trend membuat video bersama kekasih atau suami isteri seperti yang cuba dilakukan oleh lelaki ini. Namun tiada siapa sangka, akan ada plot twist lain pula di penghujung video itu.

Biasanya untuk trend seperti ini, perakam video akan berkongsikan rakaman tangannya seorang sebelum akhirnya akan disambut oleh pasangan mereka. Tetapi lain pula yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila bukan kekasihnya yang menyambut tangannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu cuba melakukan trend yang sama dan siap memakai getah rambut di tangannya. Dia turut melakukan adegan yang sama di beberapa tempat yang berbeza seolah-olah menunjukkan perjalanannya mahu berjumpa dengan kekasihnya.

Sebaik sahaja tiba di dalam kereta, akhirnya tangannya itu disambut oleh satu lagi tangan lain yang turut memakai getah rambut yang sama dengannya. Ramai yang menyangka ianya adalah kekasih lelaki itu yang berada di sebelahnya.

Namun sebenarnya orang tersebut adalah seorang lelaki lain yang merupakan rakannya. Lebih mencuit hati, lelaki itu kemudian mula membel4sah rakannya itu gara-gara tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat cubaan lelaki ini melakukan video itu. Ada juga yang tidak menyangka plot twist pada hujung video itu yang di luar jangkaan ramai.

“Kena bel4sah.”

“Tutorial pegang tangan tapi halal punya version.”

“Member kena b4ntai.”

“Saya tahu abang penat.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*